|
|
| Tuesday, 2-Feb-2010 12:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
motor gilor babi.....
|
|
Depa pung mula berlumba ..... seperti perlumbaan perlumbaan yang terdahulu dengan semangat kental menuju destinasi
saya tidak pasti motor motor ini dari species mana .. . tapi nampak macam motor kepunyaan hantu raya yang separuh mati..lagi gilor babi.
dengan irama yang memecahkan gegendang telinga ..
Vroomm vroommmmmm vroommmmmm sebuah kapcai lalu .. katanya -bawak awek keliling bandar Kuala Terengganu lagi baguih laaa...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-Jan-2010 12:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lenyap dalam keletihan..
|
|
sudah kelayuan dan pasrah dengan apa sahaja yang berlaku. .... yang pasti, sudah keletihan tahap gaban dan mengantuk tahap giloor ,..keselurohan jasmani dan rohani.
masa pun beredar .. dengan di sedari dan tanpa di sedari ...
keesokan pulas lagi ..FULL acceleration dan FULL throttle .. .
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Jan-2010 11:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Senja di Prachap Khiri Khan, Thailand.
|
|
Kegemaran saya untok berada di sini melihat matahari terbenam dan melihat matahari timbul setelah berjam jam hilang.
Cahaya yang menerangi di di terangi, menutup dan di tutupi ... saya sukakan tempat ini kerana bersih serta mendamaikan. Tidak kira lewat petang atau awal pagi , tempat ini sentiasa ada orang yang jogging dan jalang jalang makang angin.
Bidadariku,
Namamu sudah tak tertulis
Dalam catatan harianku
Asal usulmu sudah tak wujud
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu sudah tak tergambar
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu sudah tak kedengaran
Dalam pita batinku
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Jan-2010 12:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The golden triangle - pembahagi tiga negara
|
|
Satu ketika dulu, tempat ini adalah kawasan orang tanam pokok ganja. Sekarang ianya sudah jadi tempat peranginan dan destinasi yang menarik.
Tanah di tempat saya berpijak kepunyaan negara Thailand, di sebelah kiri negara Myanmar dan disebelah kanan negara Laos.
Muara sungai ini , dan di sekitar kawasan ini adalah no man land. Sebab itu lah penyeludupan dadah, ganja dsb bergitu berluluasan disini. Itu dulu. Sekarang saya tak tahu. Saya cuma tumpang lalu dengan motorsikal saja di sini.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Dec-2009 23:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Melewati batu tanda yang terakhir
|
|
60km seterusnya, pada suhu 15 darjah Celcius dan basah dalam kelembaban udara , ruang utara terus di terokai.
Batu tanda terakhir ini, akhirnya berjaya di pijak setelah lebih tujuh hari menunggang.
I came ., I saw .. I .................
Seperti juga kebanyakan pengembara pengembara - bukan destinasi tetapi perjalanan yang memberi erti sebenar .
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Nov-2009 22:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Senyuman yang terakhir
|
|
Senyuman terakhir itu
Senyuman keikhlasan hati,,,
Untuk pergi meninggalkan
Senyuman terakhir itu barkata,,"makanlah, tetapi jangan gelojoh sangat "
kini aku lebih mengerti .. apa itu erti kehidupan?
kita semua tertanya2 jawapannya ...untok TITISAN DARAH ...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 2-Nov-2009 12:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bulan berselimut merah
|
|
Tulikan telingamu
Dengar hatimu
Butakan matamu
Baca dengan rasamu
Belenggu kakimu dan tangganmu
Kunci mulut mu....
Layangkan minda mu
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 25-Oct-2009 12:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gong Badak-Kerteh- Kuala Tahan-Kg Mat Daling - Kg Gusai
|
|
Bertolak dari Gong Badak ka Kerteh selepas opis. Sampai di kerteh terus di jamu makan oleh tuan punya restoran di kerteh, Pak Rashid. Selepas makang kami pun terus berkonvoi ka Kuala Tahan.
Dari Kuala Tahan, kami pun terus menerjah masuk ruang off road ... menuju Kampong Mat Daling. Off road memakang masa lebih kurang 6 jam.
Kerosakan kecil adalah perkara biasa ajeerr. Pomen pomen pok munah ramai, so tak dok masaalah. Kereta yang tak rosak boleh di rosakkan tanpa ada masaalah.
Sampai di Kampong Mat Daling, kami mencari ruang yang sesuai di tepi sungai Tembeling untok membuat khemah. Selepas makang kepala pun di letakkan ke atas ranjang portable lalu terus lena macam cacing dalam periuk.
Keesokan harinya.. lebih kurang 4 jam ber off roading lagi kami pun sampai di Kampong Gusai, kampong yang terpinggir yang di diami oleh manusia manusia yang bukan manusia asli.
Suasana kampong Gusai. Aman tenteram dan damai bagaikan di pinggir hutan belantara di taman negara.
Kehidupan di sini adalah kehidupan yang keserderhaan. Tiada kehirupirukan kota yang menghimpit. Tiada kotoran udara dari bus bus, lori lori kilang dsb.
Kg Gusai, sudah di lengkapi oleh kerajaan kelinik, masjik, sekolah dan segala kemudahan asas untok hidup sebagai manusia moden. Liputan signal telepon Maxis ada dengan kadar full bar. Tak dok masaalh untok telepon di mana mana tempat di atas dunia ini.
Sedang kami asik dengan keindahan kampong Gusai dengan pandangan kerbau kerbau yang sedang lepak di dalam bendang
Tiba tiba pandangan sebahagian dari kami tak berkelip kelip kelip bagaikan mentol lampu yang sudah short. Terutama species species buaya yang sudah lama tak menelan mangsa.
Kampong Gusai adalah kampong yang terpencil yang di diami manusia modern di Ulu tembeling.
Masing masing yang datang ka sini ada tujuan masing masing tetapi saya datang adalah hanyalah untok mecemarkan kereta saya dengan selut dan lumpur Kampong Gusai dan melihat keindahan disini. Saya sudah melihat sesuatu yang menawan.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 8-Oct-2009 12:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Teh tarik tertumpah..
|
|
Mengapa di buang bergitu saja air teh ini ..
apakah tidak siapa yang sudi meminum nya ..
atau kerana air kopichinoo sudah menguasai
lalu air teh di lucutkan tahtakan ka bumi
atau air teh sudah terlalu banyak diminum sehingga perut sudah termengandung..
air teh air kopi
sudah letih cium pipi ...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Sep-2009 11:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Apakah anda ingin mencubanya sepena hari raya ini ..
|
|
Dikatakan mahluk ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat nya akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu ianya juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian.
Mahluk ini mempunyai nilai yang amat berguna pada kesihatan. Ciri-ciri penyembuhan dapat membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan kepada tubuh badan di samping membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi (hypertension).
Minyak asas serta komponen lain yang dimilikinya mempunyai kekuatan antibodi, antifungal dan antiviral.
Ia boleh dihiris untuk masakan seperti daging, ayam dan sayur-sayuran atau salad.
Selain itu ia juga dijeruk di dalam minyak untuk menghasilkan rasanya yang lazat.
Ianya juga boleh dijadikan ubat bagi penyakit sakit saraf, sakit sendi, kutil dan penyakit kulit lain.
Makanan segar yang dicampurkan dengan madu dikatakan dapat membantu menyembuhkan selesema, suara yang serak dan radang pada kerongkong.
Dikatakan benda ini sangat sesuai untuk penjagaan kulit. Ia membantu menyihatkan kulit termasuk:
-Melembap dan melicinkan kulit
-Menggalakkan keanjalan kulit
-Cepat meresap ke dalam kulit yang kering
-Melembutkan dan membantu mengurangkan kedut-kedut dan garis halus
-Membantu dalam pengelupasan lapisan luar kulit mati, menjadikan kulit lebih licin
-Melindungi kulit dari radikal bebas berbahaya yang meningkatkan kesan penuaan, dan membantu penampilan kulit dengan kebaikan anti penuaan.
-Bersifat anti-oksida yang melambatkan proses penuaan kesan daripada radikal bebas
-Membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit
-Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur malah menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
-Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, jeragat, telinga bernanah, resdung dan lain-lain.
Dikatakan juga beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan benda ini boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angi dalam perut. Ia boleh disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Ianya juga boleh digunakan sebagai sup bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Ia juga boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.
Apa kah anda ingin mencuba sempena hari raya ini?????????????...
|
|
|
|