korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 31-Mar-2010 12:40 Email | Share | | Bookmark
Daun daun yang berguguran

 
 
 
View all 6 photos...








Aku tak mengerti kenapa masih berdiri di sini.
cuba menahan daun-daun yang jatuh berguguran.

takdir dan waktu
pasti menentukan ...





Tuesday, 23-Mar-2010 12:10 Email | Share | | Bookmark
Senja di Merang, Terengganu

 

Duduk di sini
ketenangan menyapa

rumput pun berbisik
angin juga mengejek
tentang manusia

duduk di sini
bagaikan makhluk dari planet asing
yang sedang berbicara
dalam ruang kosong dan sepi
tanpa suara tanpa nada

duduk di sini
siang hampir tertutup
maghrib sudah di penghujung.


Saturday, 13-Mar-2010 12:41 Email | Share | | Bookmark
Gua Kelam, Perlis, Malaysia

 
 
 
View all 15 photos...
Satu petang di minggu yang lalu ,, saya terlambat tekan brek kereta saya . lalu tersasar ka satu destinasi yang menarik ..






Digua ini saya terdengar bunyi katak yang memanggil memanggil


Digua ini juga saya mendengar bunyi air mengalir yang mendayu dayu


Digua ini juga saya terdengar bunyi angin yang menderu deru


Oh katak, air dan angin .. mengingatkan aku sendiwara sendiwara semalam
membuatkan aku kerinduan keseorangan.


Sunday, 7-Mar-2010 12:08 Email | Share | | Bookmark
Rahsia tiang ke 56 terbongkar

 
 
 
View all 6 photos...








Di ceritakan dalam satu cerita yang diceritakan oleh orang yang bercerita..

Quote:
Bila kereta yg dipandu mula memasuki jambatan, maka terpampanglah panorama lautan yg amat indah, sekaligus rasa sengkak hilang diganti dengan seribu ketakjuban. Indah, cantik, mendamaikan...

Dengan tiba-tiba, perasaan tenang dan riang itu tidak kekal, dan perasaan lain pula yg timbul dan bergelojak. Riang diganti runsing dan secara mengejut satu sensasi yg sngat berbeza menyerbu.

Sensasi yg dirasai semakin parah, berpeluh-peluh dan kontraksi dgn frekuensi yg hebat benar2 mengkhuatirkan. Bulu2 roma di lengan dan belakang tengkuk meremang dan tubuh mula menggigil dan sejuk.

Ada 'bendasing' yg mula mengambil alih daya. Aku cuba untuk menentang dan mengawal, namun aku tak terdaya.

Lepas tu, betul2 di tengah2 jembatan (yg ada tiang tinggi berkabel tuh) iaitu tiang yang ke 56..

................

.....




Thursday, 25-Feb-2010 13:43 Email | Share | | Bookmark
Satu pagi di pinggir hutan

 
 


Suatu pagi di pinggir hutan
cahaya matahari mula meramas dedaun belantara
air masih lagi berdegil menerjah batu batu berlonggokan
dan aku pun leka
melihat alam mula berbicara


bila pandang ka bawah
ah ... ada katak .... dua ekor..

katak yang di atas tu...
apa kah itu anak katak atau bapak katak?????


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net