korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Saturday, 6-Sep-2008 06:06 Email | Share | | Bookmark
Radio kesayangan ku ....

 
 
 
View all 8 photos...

Suatu malam, tiba tiba radio kesayangan ambo berhenti bernyanyi dan mengeluarkan bunyu berzzZZzzzZZ . ZZzzzz yang tiada kesudahan ....

Selepas menbelek belek radio ini, ambo pun cuba bertikhiar membaiki nya. Ambo rasa kerosakan ini kecil sahaja. Orang kampong ambo hok kerja tanam ubi pun tahu membaiki nya. Tak dok masaalah.


Setelah puas mencari tiada jua ambo temui peralatan peralatan yang bersesuaian, akhirnya ambo pun terjumpa benda ini.


Menggunakan kepakaran dan kemahiran yang telah ambo dapat semasa ambo berkerja di logi pemerosesan gas. Setelah di kerobek kerobek isi perut radio ini, rupa rupanya tak ada bateri di dalam nya, patut pun radio bunyi satu macam sahaja.

Pengeluar radio ini ambo rasa telah menipu ambo dan juga telah menipu semua pembeli pembeli yang serupa dengan ambo.


Kemudian ambo pun cuba pasang balik tetapi tak dapat. Ambo ketuk ketuk lagi dengan special tool hok ambo jumpa tuh,

Takdir tuhan telah menentukan nyawa radio ambo tammat di sini. Hukkk .. Huikkk .. Huukkk...

Perlahan lahan ambo letakan radio kesayangan ambo di tempat pembakaran sampah di depang rumah ambo untok di semadikan.

Sambil membelai belai mesra ambo katakan --- Pergi lah kau wahai radio kasayangan ... pergi lah dengan aman dan tenteram .. bersemadilah dikau di sini .. kau sentiasa ku kenangan . huk ukkkk hukk ..


Sesampai saja di tanah pembakaran itu , kedatangan kami di sahut oleh botol yang telantar itu -- selamat datang wahai radio ka alam barazrahhh ... aku sudah di bakar berkali kali tetapi masih belum pecah lagii ...


Kata kata aluan dari tin air yang sedang berbaring itu-- aku pun baru sekali di bakar, entah berapa kali lagi aku ini akan di bakar ...


kata kata aluan dari pokok orkid -- sekali lagi di bakar aku rasa aku akan jadi abuu ..


Ini adalah saki baki jet ski ambo yang sudah di bakar berkali kali ..... sudah hampir jadi abu .. ...dengan tangis sedu, jetski berkata - bergini lah nasib diri ku yang malang OOhhh tuhan ...


Monday, 1-Sep-2008 10:42 Email | Share | | Bookmark
Suparmang pun berpuasa ..

 

Suparmang ini dibawah pokok kepala ini
menanti ...
menanti .
menanti ..
waktu berbuka ...

selamat berbuka puasa .....


Saturday, 23-Aug-2008 12:33 Email | Share | | Bookmark
bunga dihalaman rumah saya

 
 
 
View all 15 photos...










Berkat ketekunan saya, sekarang halaman rumah saya sangat hijau serta dihiasi oleh berbagai bunga. Ada bunga dengan berbagai jenis dan varietas, euphorbia dengan warna bunga yang beranekaragam, agloenema dalam beberapa variasi warna daun, sunsifera, suflier, hingga beberapa spesies tanaman yang berkhasiat obat dan lain sebagainya.

Sesiapa yang berminat nak tanam bunga bungaan ini dihalaman rumah, saya sedia membantu secara sukarela tanpa bayaran satu sen pung....


Wednesday, 20-Aug-2008 12:22 Email | Share | | Bookmark
kupu kupu malam..

 
 
 
View all 6 photos...

Disebelah malam,, di tengah tengah lenguhan dan keletihan . kumpulan kayak pung di liburkan oleh kupu kupu malam di renangkan khas dari Bandarraya Dungun.


Kupu kupu malam ini hanya bisa di lihat tetapi tak boleh di pegang apa tah lagi di main main kan seperti barang mainan.


Alunan dan rentak yang gemalai membuatkan kami terleka sehingga ka satu titik dimalam yang pekat.


Ambo dan photographer-photographer pun menggatal sikit untok merakamkan gerak geri yang gemalai.

Jika ada peluang ambo rasa nak culik satu dua untok di jadikan tukang masak dan tukang basuh kat rumah...


Saturday, 16-Aug-2008 11:56 Email | Share | | Bookmark
Maka berlepas lah ia ... beramai ramai menuju muara..

 
 
 
View all 6 photos...






Seperti mahluk mahluk berlumpur yang melintas, kayak kayak ini bersama sama penunggangnya pun berlepas dan jammed lah sungai Dungun macam jammmed di Kuala Lumpur. Jammed nya Kuala Lumpur seperti mana jammed nya sungai Dungun pada hari ini ..

Selama tiga hari ..... dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang .. tangan mengayuh ..gayuh .. dengan rehat tengah hari setengah jam dan rehat 15 minit setiap tiga jam mengayuh ... Lebih 100km beb . .bergerak gerak pakai tangan dua kerat ....

Ini lah orang kata tak dok kerja cari kerja .... zaman ada engine boat, engine sangkut .. kapal terbang, keretapi , jet, kereta kebal , mesin gun, meriam , bom dsb tapi masih lagi nak guna pendayung untok bergerak ..

Hari ini sudah terbukti orang jenis ini masih belum pupus lagi ...


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net