Want your
own Fotopage?







 
korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Saturday, 29-Sep-2007 14:45 Email | Share | | Bookmark
Ikang duyung berenang di senja kala.

 
 
 
View all 6 photos...

Selepas berbuka puasa, saya pun bersandar di berenda sebuah tingkat sebelas sebuah hotel di Melaka dan kelihatan lah satu permandangan senja yang sayuu.

Bandar Hilir, Melaka telah berubah bergitu ketara sekali berbanding dengan kedatangan saya kira kira 4-5 tahun yang lalu. Banyak bangunan bangunan tinggi sedang dan telah di dirikan.



Dibawah hotel tersebut ada sebuah aqarium yang agak besar. Dalam aqarium itu ada seekor ikang duyung kelihatan sedang berenang renang kehulu kehilir diterangi cahaya. Ikan duyung ini kalau dapat di pancing memang sedap di gulaikan.

goreng pun sodap!! Tue 9-Oct-2007 15:25
Posted by:yatie  - [Link]
ikan duyung ka dugong.... kalau Pak Atan tau sure dia datang... Wed 10-Oct-2007 04:32
Posted by:<<man>>  - [Link]
amboi...sempat lagi tuhh!! Tue 30-Oct-2007 08:18
Posted by:unnamed
View all 6 comments Add comment


Monday, 24-Sep-2007 08:29 Email | Share | | Bookmark
Jadi nenas ..

 
 
 
Malam itu telah berlaku satu perselisih faham yang kecil dalam perkara yang remeh temeh. Sukar untok mentafsirkan raut wajah nya sama ada dia berkecil hati atau tidak.

Saya berkata sambil ketawa terdekah-dekah dan hampir-hampir berguling-guling atas lantai -- " Dah lah muka macam NENAS, gaya macam NENAS, bau macam NENAS, berfikiran macam NENAS. Entah-entah otak pung macam NENAS.. Kah!.. Kah!... Kah!......" .

Dia diam dan terus membisu.

Ketika bangun hendak bersahur, saya amat terperanjat apabila mendapati dia betul betul telah menjadi NENAS.


Saya pung memotong kepalanya untok memakan otak nya.. sebagai sarapan bersahur.

Keesokan paginya perut pun terasa memulas-mulas teramat sangat, kemudian disusuli dengan cirit birit sehebat gempa bumi di sumatra.......

begitulah sedihnyeee si buah nenas.... Sat 29-Sep-2007 13:45
Posted by:kak kham  - [Link]
awak ini sungguh lucu... nanas pun boleh buat saya ketawa Sun 30-Sep-2007 05:12
Posted by:maylique  - [Link]
tu...kan...dah kena sumpah Nenas!!! Mon 1-Oct-2007 01:20
Posted by:Roylazim  - [Link]
View all 28 comments Add comment


Monday, 17-Sep-2007 12:55 Email | Share | | Bookmark
Ku sangkakan mendung datang berlari

burong..
ohh burong..
terlepas lari
View all 6 photos...

Disuatu petang nan indah beberapa hari sebelum datang bulan puasa tahun 2007
Saya berada disini untok menikmati suasana sunyi ditengah kebisingan kota raya Bangkok
Saya disini untok menyepi di tengah kesibukan kota raya Bangkok
Saya menyendiri di tengah tengah kesesakan manusia di tengah kota raya Bangkok



Di sini lah ..di petang hari di pinggir Grand Palace ini .
aku sangkakan mendung datang berlari
rupanya burong merpati terbang berjoli joli ..
aku sangkakan aku sendirian disini
rupa rupa nya aku memang sendirian ...
sendirian memegang kamera memetik cahaya

salam ramadhan. harap2 burung2 tu tak ada selsema. Fri 21-Sep-2007 23:23
Posted by:d/u/s/y/u/m  - [Link]
nice capture...keep pit dap...bagus subjectnye... Sat 22-Sep-2007 00:34
Posted by:akuasyiek!  - [Link]
Sebelum balik kampung, dapatkan 8 petua keselamatan jalanraya. Lihat di http://idd.fotopages.com
Pandu cermat jiwa selamat, hargai nyawa insan tersayang.
Sun 23-Sep-2007 06:55
Posted by:idderes idd@host.sk  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Friday, 14-Sep-2007 13:51 Email | Share | | Bookmark
empat kali lebih dashyat ..

 

Ketika menunggu bas di satu perhentian, seorang penjaja menghampiri dan menunjukan barangan yang di jajakan nya...

Sesiapa yang ingin menjadi EMPAT KALI LEBIH DASHYAT
Boleh lah cari, beli dan makan ubat ini ...
Tapi jangan lupa tinggalkan wasiat, mana lah tahu kalau kalau ter mati kerana makan ubat ini,

Selamat berpuasa..
sejak bila jual obat? buleh geng dgn do re mi daa..
Sun 16-Sep-2007 09:56
Posted by:adda addabit@yahoo.com
ganas korok nih Sun 16-Sep-2007 09:57
Posted by:unnamed  - [Link]
uihss.. puasa2 pun makan ubat ni jugak ka?? hehehe...salam ramadhan dari kami sefamily di makkah almukarramah.. ramadhan kareem mubaarak alaikum!~ Sun 16-Sep-2007 10:36
Posted by:waseem kamitaken@gmail.com  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Thursday, 13-Sep-2007 08:48 Email | Share | | Bookmark
Batman forever

 
 
 
View all 6 photos...



Petang di Mulu..
Bila senja mendatang
mulut mulut pun ternganga menunggu
kemudian ...
kemudian ..............
kemudian yang di nanti pun muncul
berduyung duyung seperti minah minah kilang di Pasir Gudang

Mulut mulut yang ternganga ngangga tadi pun bersorak orak
sambil menunjuk nujuk ka langit. gumbira ..

Sekiranya aku ini adalah kekelawar itu
akan aku terbang rendah dan kelilingi penontong penontong itu
kemudian berak kaatas mereka itu

BATMAN FOREVER....

Salam. Slmt menjalani ibadah puasa
Pergghh! Beribu-ribu kelawar terbang serentak
Fri 14-Sep-2007 06:58
Posted by:Meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
hye
.pic tu best gila kelawar tu.
salm kenalan saya ully
Sat 15-Sep-2007 07:35
Posted by:ully  - [Link]
super byk.. kelawar ker? nmpk cm burung lak Sun 16-Sep-2007 17:15
Posted by:ira  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Tuesday, 4-Sep-2007 14:30 Email | Share | | Bookmark
kaki yang melangkah..

menunggu
menanti..
tergolek
View all 6 photos...

Begitu berat melangkah
melihat kau bersamanya
adakah aku yg salah
atau hanya helah saja

notis akaun : Harap Maklum, Baki pahala anda tidak mencukupi untuk menampung akaun Akhirat anda, sila tambah NILAI AMALAN anda untuk menaikkan had kredit ke Syurga . utk tambah nilai sila kunjungi mana2 surau? masjid yg berdekatan hehehe SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL_ MUBARAK Thu 13-Sep-2007 04:25
Posted by:KRUL  - [Link]
notis akaun : Harap Maklum, Baki pahala anda tidak mencukupi untuk menampung akaun Akhirat anda, sila tambah NILAI AMALAN anda untuk menaikkan had kredit ke Syurga . utk tambah nilai sila kunjungi mana2 surau? masjid yg berdekatan hehehe SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL_ MUBARAK Thu 13-Sep-2007 04:31
Posted by:KRUL  - [Link]
puitisnye idop..cun puisinyer
~ selamat menjalani ibadah puasa buat korok & keluarga ~ salam ramadhan ya
Tue 18-Sep-2007 03:22
Posted by:riana
View all 25 comments Add comment


Tuesday, 28-Aug-2007 12:26 Email | Share | | Bookmark
Gunong Brincang, Cameroon Highland

 
 
 
View all 6 photos...

Tayar kereta mencecah atas Gunong Brincang pada kira kira pukul 8 malam. Selepas khemah di tebarkan, makanan siap di masak dan di makang dan katil sudah di bentangkan, tiada lagi aktivti untok malam itu. Sudah hampir 6 jam membelah udara, mengikis tayar di tar, badan sudah terasa bergitu capek sekali, lalu di rebahkan badan keatas katil lipat dan teruss terlena pada paras ketinggian 2000 meter dari paras laut kira kira pukul 11 malam.


Terjaga pada tengah malam ketika suhu mencecah 14 darjah Celcius. Kedengaran seakan di tepi pantai. Kesejukan malam telah mengejut kan aku dari tidur. Jam menunjukkan pukul 2 pagi.

Suara angin yang merempuh pokok pokok bagaikan bunyi ombak memecah pantai sayup sayup di bawah. Malam itu angin kencang hanya mampu berlegar legar pada paras ketinggian yang kurang dari 2000 meter dari paras laut.

Terlelap sekejab kemudian terjaga semula. Ada kabus tebal.. kabus yang sangat sangat tebal. Aku pun terus menarik dan memperbetulkan sleeping bag untok menyambung tidur,..tetapi tidak dapat tidur. Tidur tidak mahu datang bertamu.

Bunyi burong hutan berkokok dari atas pokok sekali sekala membuat kan aku tertanya tanya.. apakah itu bunyi burong atau bunyi hantu gunong .. Sekali lagi aku berharap, kalau ia hendak menjelma jangan lah menjelma dengan wajah yang menakutkan seperti Jackelin Victor, Ning Baizura atau yang seumpamanya, tetapi menjelmalah seperti Zeta Jones, Sandra Fasha atau yang seumpanya.

Malam itu menjadi satu malam yang panjang. Aku cuma dapat lena sekejab kejab . Sleeping bag sudah di tembusi kesejukan. Sesakali menggiggil kesujukan. Kabus tebal datang dan pergi sesuka hatinya, namun sejuk tetap menemani dengan setianya.


Pagi itu aku merasa sungguh gumbira sekali kerana masih hidup. Gumbira kerana masih belum beku dengan kesejukan malam tadi. Gumbira kerana tidak ada yang turun dari pokok pokok tinggi untok mengoda serta mengigit aku ..


Pagi itu juga.. aku telah di hidangkan dengan satu permandangan hanya pada orang yang sampai di sini dapat menikmatinya.

bila mata memandang
hati yang berkata-kata
maka terlahirlah apa yang terindah
tersurat di sirat..
Tue 18-Sep-2007 23:48
Posted by:roslina mat roslina_swiss@yahoo.com.my
asyik bjalan je ker koje nyer bro korok ni? gamba merata2 tempat. tp kalo sy pn nak juge jln2 amik gambo Thu 27-Sep-2007 01:41
Posted by:Irma Hakimi  - [Link]
gua pun pernah sampai kat ayas tu dgn orag rumah...sebenarnya tak planing pun,panjat punya panjat naik sampai atas guna kembara je...nanti gua enail gambar kat luu...9W2SML cheeeerio qrt.....73 Mon 31-Dec-2007 11:16
Posted by:malek giant sc3mikelima@yahoo.com.my
View all 42 comments Add comment


Tuesday, 21-Aug-2007 03:21 Email | Share | | Bookmark
Manusia tanpa kaki di Tasik Kenyir

 
 
 
View all 6 photos...
Ketika saya sedang merayau rayau di tasik kenyir tanpa ada niat merosakkan keindahan alam semula jadi, saya telah terserempak dengan segerombolan manusia yang tidak kelihatan kakinya dan bergerak gerak menggunakan kederat tangan nya.

Saya pun tertarik dengan perlakuan mereka itu, lantas menerpakan acuan lensa kamera saya pada mereka.


Lalu saya pun menembak menembak bertubi tubi tanpa henti sampai berasap kamera saya. Sebijik macam Rambo mengamok.

Saya mengikuti perlakuan mereka berkeliaran di Tasik Kenyir ini.






Lagu dari Lefthanded pun bergema dari peti suara boat yang dinaiki
dan angin sepoi sepoi pun melanda bersama panas terik menerik. Membakarr . Membakarrrr...
Quote:
Hatiku sering meronta
Harap kau kembali
Tapi ku sedari
Ini semua takkan terjadi

Kekerasan hatimu sayang aku mengerti
Untuk apa aku merayu
Seandai kau membenci

Namun begitu kaulah lagenda
Bertapak kukuh dalam cinta kita



aiseymen korok... lama x jengok sini... byk berjalan nih... luas pandangan ye dak?
*ari tu deme pegi x jumpa pon pokok2 dalam air ni... kat belah mana yek?
Tue 28-Aug-2007 14:59
Posted by:Ayda  - [Link]
tengok gambar outdoor ko ni bro buat aku terkenang waktu dulu2 aktif berkenu..
bisa menangis kalu ingat xpdc kenyir sampai sg trenggan > 10 days, keliling langkawi, sg perak, etc..
lagi pedih waktu tu aku takde kamera cam skang...huwaaaaaaa
Wed 29-Aug-2007 12:29
Posted by:zurai  - [Link]
jeles nyer tgk pic dier sumer...chantek... Sat 20-Oct-2007 04:58
Posted by:fareydah fareydah@yahoo.com
View all 24 comments Add comment


Monday, 20-Aug-2007 03:09 Email | Share | | Bookmark
Gunong Tambuyukon adalah No 3 tertinggi di Malaysia

dari atas gunong tambuyukon
permandangan woow..
sungguh mempersonakan
View all 18 photos...


No 1 adalah pilehan. Tertinggi, terbaik, terhebat, terpandai , terbijak, terbilang menjadi idaman dan perhatian.

Hampir tiada yang ingin jadi no 2, kerana No 2 itu sudah kalah pada No 1. No 2 adalah lambang ketewasan.

No 3? ..
No 3 tak ada. Yang ada hanya No 1 dan No 2.

Aku seperti Gunong Tambuyukon ...
nombor 3 .

dari blog ini ada sedikit sebanyak tentang Gunung Tambuyukon..
http://malaysia-by-malaysian.blogspot.com/2007/05/gunung-tambuyukon-mount-tambuyukon.html
Quote:
At 2,579 or about 8,462 feet from sea level stands Gunung Tambuyukon (Mount Tambuyukon), the third highest peak in Malaysia. However, very few mountain-climbing enthusiasts know this place even exists. I guess it hasn’t been promoted as much as say Gunung Kinabalu or Gunung Tahan. Also, this site has only been opened to the public since 1990. Guides around these parts say that in those years, less than 100 people has climbed up the mountain. However, it is still an impressive sight, the peak of Tambuyukon, in the northern corner of the Crocker Range in Sabah. Be ready though, as the climb to the top is more challenging than what the actual height suggests.

To access the starting point of your climb, Kampung Manggis, you’ll need to hitch a ride on a 4x4. The ride will be really bumpy, with the rocky tracks trying their best to shake your tooth fillings loose. Touching down at Kampung Manggis, trekking to the summit begins; however, it is wise to make a stop at the first checkpoint, simply named Camp 1. Reaching Camp 1 will need you to trudge through lalang (tall grass) and undergrowth for about four hours. Some of the more fit and challenging would continue trekking for another eight hours, taking them to Camp 2 where they can rest for the night. During the night, you’ll wonder who turned up the air-conditioning, but it’s only the cool and refreshing mountain air. Sounds of insects and other creatures that dwell in the mountain forests are a very welcomed change from the hectic city beat

After some rest, trekking up to the summit must continue. It’s close now, from Camp 2. At a moderate pace, reaching the summit is possible in about six hours. Oh yes, a reminder before heading off. Tie your bootlaces closely and wear thick, high socks. It helps because on your way up, leeches will try to cling on to you, so don’t panic when seeing some blood trickling. The surrounding forests are filled with interesting plant and animal life. And sometimes is surprising to see how leaves and trees grow to huge sizes in the jungle. Pitcher plants are abundant in the forests here. Also take a close watch on your tracks, the trees have roots sprawling all over the ground and can trip the unwary. The trail also gets a little bit more slippery near the top and rocky too. Before reaching the summit, there’s another hurdle to overcome; some rocky ridges. Negotiating the rocks must be done carefully, as they have sharp, pointed edges.

Cantek senery di atas Gunong Tambuyukon ...
nombor 3 .
Tahniah.
Thu 13-Sep-2007 12:04
Posted by:azam61pd azam61pd@yahoo.com
Subhanallah.. begitu indah pemandangan.. itu lah ciptaan Yang Maha Esa. Camne bro bleh amik gamba cun2 ni. jeles aarrrr... bro gi sana ker? Thu 27-Sep-2007 01:26
Posted by:Irma Hakimi  - [Link]
Thu 30-Oct-2008 10:36
Posted by:ghfvbf hgfhgh@hotmail.com
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 15-Aug-2007 11:49 Email | Share | | Bookmark
Perahu pra sejarah yang berkecai di NIAH

 
 
 


Beberapa buah perahu pra sejarah di temui di gua niah. Perahu yang masih eloki di bawa ka Mezium Kucing. Maka berkata lah perahu yang di tinggalkan itu kepada perahu yang meninggalkan gua Niah :

Quote:
Mengapa kau pergi
Mengapa kau kecewakan
Mengapa kau hancuri
Mengapa kau menghinakan
Mengapa kau sakiti
Mengapa kau melukakan
Mengapa kau memberi
Mengapa kau melupakan
Mengapa kau akhiri
Mengapa Kau Melupakan
Dengan getaran jiwa
Kukemukakan pertanyaan



Maka berkatalah perahu yang telah ditanyakan itu sambil menunjukkan ka arah lubang
Usahlah kau bersedih..
kau berbaring lah sambil tersenyum didalam lubang ini
kau pasti akan bergumbira didalam nya
selama lama nya ..
heh heh ehh .....





berapakah usia perahu-perahu tersebut? Sun 19-Aug-2007 00:13
Posted by:d/u/s/y/u/m  - [Link]
gmbr ni biasa saja tapi ..... cerita yang tertulis ni boleh pecah perut gelak....awak sangat llucu Mon 20-Aug-2007 04:02
Posted by:maylique  - [Link]
semoga keasliannya terus dipelihara Mon 20-Aug-2007 10:29
Posted by:Acik bada_ahmad79@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.