Want your
own Fotopage?







 
korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Saturday, 11-Aug-2007 13:25 Email | Share | | Bookmark
Lukisan lukisan di gua niah

kucing manja sedang berak
tengah sakit perut
sedang melarikan anak orang ..
View all 4 photos...



Mula mula cerita yang saya dapat, lukisan ini berdakwatkan darah manusia ..
kemudian ada orang ceritakan lukisan ini berdakwatkan darah binaweng ..

Dari pihak arkeologi mezium,, memberitahu lukisan ini adalah dari tanah/batu merah yang terdapat tidak jauh dari gua ini.

Lukisan ini sudah berusia beribu ribu ribu ribu ribu tahun. Pelukis nya sudah lama mati, sudah jadi tengkorak, tetapi hasil karyanya masih lagi mewarni dinding dinding gua ini sampai sekarang.

mmg satu kembara diri yg hebat..
tahniah dan terima kasih singgah FP saya...
Thu 30-Aug-2007 13:34
Posted by:anajin  - [Link]
ZAMAN BATU DH ADA VANDELISME..HEHE.. Mon 22-Sep-2008 06:34
Posted by:IMAH veto_842001@yahoo.com
ada lagi maklumat pasal seni lukisan gua, artifak sejarah dan hasil seni pribumi?
nice picts la....tq
Sat 21-Feb-2009 05:38
Posted by:vincx alsv_85@hotmail.com
View all 12 comments Add comment


Thursday, 9-Aug-2007 12:17 Email | Share | | Bookmark
Dalam gua niah

 
 
 
View all 17 photos...

Mula mual di tempohi ialah TRADER Caves .. atau pun di kenali sebagai gua saudagar. Tempat ini dahulunya di jadikan tempat tinggal pengutip sarang burong layang layang dan ini lah tempat menunggu pedagang pedagang datang membelinya. Kini yang tinggal hanya pacang pacang dari kayu berlian. Tempat ini adayang mengatakan berusia 500 tahun, ada yang mengatakan 50 tahun. Saya tak tahu.


Ini adalah tempat arkeologi. Penggalian masih di teruskan perlahan lahan. Tengkorok dan tulang tulang manusia yang berusia 40,000 tahun di temui di sini. Masih banyak lagi yang menunggu untok di temui.


Pagar pemisah antara taman negara dengan jabatan mezium.


Niah adalah satu gua yang gelap dan besar. Didalamnya ada mahluk mahluk seperti kelawar, belalang, kabur, kumbang.



Adakalanya berjalan jalan didalam kegelapan NIAH, terasa seperti ada yang mengikuti dari berlakang
Adakalanya terasa seperti ada yang mengikuti di sebelah kiri, kadang kadang kanan ..
Dan bila betul betul dalam kegelapan, terasa seperti ada benda yang sedang berjalan dan bermain main di depang ..

Saya amat takut agar kalau benda tuh menjelma merupai sesuatu yang menakutkan seperti Jackelin Victor, Ning baizura atau yang sewaktu dengan nya.

Tetapi kalau ia nak menjelma macam Zeta Jones, Sanda Fasha atau yang sewaktu dengan nya, saya tak kisah. Kena cekik pun saya rela....

Heh heh hhehh...............

nmpk menarik je Fri 10-Aug-2007 05:40
Posted by:za  - [Link]
guo ikang kat gua musang pernoh gi dok?? Sat 11-Aug-2007 07:19
Posted by:abstractdementia  - [Link]
nice Mon 13-Aug-2007 15:10
Posted by:Elsa  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Saturday, 4-Aug-2007 23:58 Email | Share | | Bookmark
Selepas hujang ..

 
 
 
View all 6 photos...


Selepas hujang yang agak lebat turun mencurah curah seperti bom bom amerika di gugurkan di Iraq, kawasan berpaya pun di naiki air.
Namun bergitu, laluan tidak terjejas kerana ianya tinggi.


Rumah panjang???? Heh heh .. mungkin di situt ada munga munga cantik menanti untok di gulai. Tetapi kerana NIAH, ku teruskan jua berjalan kaki ka arah NIAH.

Melihatkan air di kiri dan kanan perjalanan teringat saya pulak pada lagu ini ... tetapi saya tak sanggup menyanyikan lagu itu pada penghuni penghuni hutan ini kerana takut hujang turun lagi.

Quote:
Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan didalam jiwaku
Sehebat halilintar membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir yang membakar hidupku
Hukk .. hukk .. hukk


huermmm... lepas hujan nih.. bahya nih.. ada pacat kang cam ne??
jgn merayap lepas ujan.. dok jek diam2 dlm gua tu..
Wed 8-Aug-2007 23:30
Posted by:e c a h  - [Link]
awas rumah panjang...............
Thu 9-Aug-2007 02:01
Posted by:azizancm azizancm@gmail.com  - [Link]
masuk gua x jumpa korok ke? Thu 9-Aug-2007 03:37
Posted by:ciklie 9w2prz@gmail.com
View all 15 comments Add comment


Thursday, 2-Aug-2007 14:45 Email | Share | | Bookmark
Menuju Gua Niah..

 
 
 



Dari ibu pejabat Taman Negeri Niah ka Gua Niah kira kira 3km dan ka Gua Lukisan lagi 3 km .

Masa itu tiada pengunjung, maka berjalan lah daku sendirian, tiada siapa mengiringi dan tiada siapa yang menyapa.

Maka perlahan lahan aku pun menyanyi lagu ini dengan suara yang sumbang tetapi dengan penuh emosi untok menghibur penghuni penghuni hutan tebal ini.

Code:
Em Am D
Ku jalan sendiri tiada tempat
G
Untuk menanti
Em Am
Tiada mu aku menyepi
B7 Em
Bayanganmu aku mencari



Em Am
Ku sangkakan hujan
D G
Tapi taufan datang melanda
Em Am
Ku mencari tanpa pegangan
B7 Em
Dan tersungkur di ketepian


Tidak lama kemudian hujang lebat turun membanjiri hutan belantara ini.

Ohhh..jenjalan kat utan sorang2 je yer..
Siap nyanyi lagik...
Kan dah ujan..
Sat 4-Aug-2007 05:04
Posted by:mshafie  - [Link]
dah sampai gua nia plak bro korok.. Hebat pic sambung² ni.. Sat 4-Aug-2007 14:52
Posted by:lie syahmie12@yahoo.com  - [Link]
wah hebat2 permandangan di fp u korok.........bestttttttttttt , Sat 11-Aug-2007 13:48
Posted by:memorybakery rodziahzayin@yahoo.com
View all 13 comments Add comment


Wednesday, 1-Aug-2007 12:08 Email | Share | | Bookmark
Niah national park headquarter ..

 
 
 
View all 9 photos...

Entah mengapa, kaki aku telah terheret memijak didepang pejabat taman negara Niah.

Suara suara yang menyeru datang mendayu dayu datang dari arah kiri, kanan, depan dan belakang ---- kau seberangilah sungai yang keruh ini. nescaya kau akan temui apa yang kau cari .. Kau cari lah NIAH ... cari lah diaaaaa... ha ha ha haaaa.....


Aku pun terus melangkah ... melangkah ... meyeberangi sungai ini


Menyeberangi sungai ...agaknya dalam sungai ini ada buaya.. , kalau tak ada buaya mesti ada harimau.. gajah atau lembu ......
Tetapi untok NIAH akan aku NIAHkan tujuan ini .. ..

best nyeerrr.... Thu 2-Aug-2007 07:56
Posted by:Kak Khaty  - [Link]
Teringin sgt nak pergi mulu..Tapi takde kesempatan.. Tue 25-Sep-2007 00:45
Posted by:iryani iryani_iryani@yahoo.com  - [Link]
Teringin sgt nak pergi mulu..Tapi takde kesempatan.. Tue 25-Sep-2007 00:45
Posted by:iryani iryani_iryani@yahoo.com  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Tuesday, 31-Jul-2007 12:29 Email | Share | | Bookmark
Satu senja di kotaraya Miri..

 
 
 
View all 4 photos...

Setelah dirantauuu rantau ...
akhir nya inilah destinasi terakhir buat minggu in sebelum pulang ka sarang di Gong Badak.

Petang itu, sebelum diterbangkan oleh kapal terbang saya pun merayau rayau di tepi muara di kotaraya Miri. Sambil melambai lambai kepada matahari yang sedang terbenam di hujung muara, fikiran saya melayang layang layang layang ka satu senja di satu ketika dulu...


Quote:
Senja itu kau berdua
Bersama teman hati mu
Yang kau katakan pada ku
Bila engkau tersenyum
Dan menjeling pada ku
Tersentuh jua hati ku

Dalam tenang ku gelisah
Senyum mu ku balas jua
Tapi hati ku berkata
Tinggallah pujaan ku
Tiada cinta lagi
Kan ku pinta dari mu
huk hukkk .. hukk ...


saya pun pergi ka satu restaurant
dan makang sehingga kenyang.

Keindahan alam ciptaan Allah Wed 1-Aug-2007 01:19
Posted by:idderess idd@host.sk  - [Link]
senja itu....senja Wed 1-Aug-2007 09:13
Posted by:abstractdementia  - [Link]
lagu sapa tu eh, en korok? tak ingat la plak.... Thu 2-Aug-2007 04:08
Posted by:azu  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 15-Jul-2007 10:53 Email | Share | | Bookmark
Satu pagi di berenda hotel di Bintulu

 
 
 
View all 9 photos...

Apabila terjaga dari tidur, bilek hotel ini tersusun rapi seperti ada orang yang mengemaskannya pada malam tadi.. tapi aku tak kisah . kalau dia nak kemaskan, kemaskan saja bilek ini tetapi jangan ganggu aku tidur sudah laah...


Pagi yang di nanti nantikan. warna warna dari langit mendatang memudarkan cahaya lampu lampu jalanan. .


Ohhh.. mentari pagi .. jika kau terbit lah disebelah barat .....
akan menangis lah orang orang di sebelah timur dan disebelah barat ..



Bila hari semakin cerah .. ..ilham pun datangg bercucur cucur

Quote:
Separahmana pengharapan ini
ianya terus
dan terus...
mengandung dan melahirkan
benih - benih rasa
yang terpendam
di khazanah perasaan

hukkk ..hukk....hukkk..
..

betui ke nih..tp pic ko mmg menakotkn..bguihh la..aku suke Thu 2-Aug-2007 09:58
Posted by:awa  - [Link]
lorrr... hantu tu mesti housekeeping yang mati kena bunuh oleh pengawal keselamatan hotel tu.. nguahahahaha.. mesti dia lihat kau mandi jugak.. Tue 7-Aug-2007 13:00
Posted by:marcia  - [Link]
cantik matahari tue menyinar dipagi hari...
Wed 8-Aug-2007 15:38
Posted by:shahQuantan shah_2804@yahoo.com  - [Link]
View all 40 comments Add comment


Sunday, 1-Jul-2007 12:02 Email | Share | | Bookmark
Berpagian di Sg Kelemin, Pasir Raja, Dungun.

 
 
 
View all 9 photos...

Pagi itu di tepi Sg Kelemin, ketika itu saya sedang membuang air, saya pun mendongak dan melihat keindahan alam ini


Pagi itu di tepi Sg Kelemin, ketika itu saya sedang membuang air dan melihat keindahan alam ini, saya pun mengangkat kamera dan terus snap ..snap gambar...


Pagi itu di tepi Sg Kelemin, ketika itu saya sedang membuang air, melihat keindahan alam ini dan snap-snap gambar , saya pun menyanyi nyayi perlahan lahan lagu ini sehingga kedengaran suara saya yang gersang membelah bukit diseberang sana ...


Quote:
Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
OOOoo ooooo.....
Blug!.. Bluugg!...

lama dah tak jengok mr.korok's fp ni.. waaaaaaaa... bestnye jln2 amik gambooooo ... Sat 14-Jul-2007 02:15
Posted by:dwicrazy  - [Link]
aku rase boleh laa tahan sungai nii!cantik laa jugakk! Thu 29-Oct-2009 05:37
Posted by:hami miez_1505@yahoo.com
Thu 29-Oct-2009 05:38
Posted by:hami miez_1505@yahoo.com
View all 53 comments Add comment


Wednesday, 27-Jun-2007 14:07 Email | Share | | Bookmark
Bagaikan sebuah lukisan

 
 
 



Tiada kata secantik bahasa
Tiada gambar secantik lukisan
..

hmm... lukisan alam... indah ciptaanNYA....
terima kasih sahabat atas ucapan...
Mon 2-Jul-2007 11:52
Posted by:dR ali drali@miosh.net  - [Link]
Maha Agung Maha Pencipta Sekelian alam...
tiada kata2 yg dpt d gmbarkan... indah juga bumi mesia nie ye..
Sun 15-Jul-2007 21:58
Posted by:k.shida  - [Link]
foto opo iki welek instingmu masih kurang gitu aja pamer... liat nih punya aq.... jauh... malu2 in aja ga punya jiwa seni apa? Sat 11-Aug-2007 09:59
Posted by:art art_lukis@yahoo.co.id
View all 25 comments Add comment


Saturday, 23-Jun-2007 12:56 Email | Share | | Bookmark
minum teh segar ..

 
 
 
View all 9 photos...

Rasa untok menghirup teh segar membuat kami sampai disini. Setelah mengayuh perahu sekian hari kami pun sampai.


Teh yang di minum rasa teh.
Kopi yang di minum rasa kopi.
Milo yang di minum rasa milo ..
Mengapa yek??
Mengapa??..

Setelah minum teh segelas, snap gambar gambar sekeliling kedai teh ini, kami pun balik.



Munga munga di halaman kedai teh ini. Dalam cuaca yang lembab dan sejuk, banyak munga munga pelbagai warna, size dan species tumbuh.

Oh munga ... mengapa mesti kau jadi munga ..
mengapa kau masih jadi munga ...
mengapa kau mesti mekar sebagai munga
dan layu sebagai munga ...

Quote:
Hanya sekuntum munga
Yang telah lama ku puja
Walau menjadi halangan
Tetap ku puja oh... tetap ku puja



v. nice. i like the teahouse picture. Sat 14-Jul-2007 00:46
Posted by:d/u/s/y/u/m  - [Link]
Lama tak g Cameron walaupun dekat je dgn kampung..em..hope balik cuti raya ni ada peluang g sana.. Wed 26-Sep-2007 04:25
Posted by:iryani iryani_iryani@yahoo.com  - [Link]
kalo minum kopi xterasa kopi atau
minum teh xterasa teh atau
minum milo xterasa milo
maknanya...... teng teng teng.... hehehehe sendri mau ingat laa
Sun 27-Jan-2008 18:46
Posted by:doraemon doraemond@gmail.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.