Want your
own Fotopage?







 
korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Friday, 22-Jun-2007 13:40 Email | Share | | Bookmark
Hantu Laut, Teluk Chempedak, Kuantan

 
 
 
View all 6 photos...

Lokasi: Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang

Mengikut lagenda yang tiada bukti scientific dan tidak boleh di percayai. Ada satu kisah tentang hantu laut berlaku kira kira satu ketika dahulu ...

Quote:
........MASIH ada yang degil dan berani tidak menentu terutama kaki pancing dari kalangan anak muda yang tidak mahu mengerti bahaya bersahabat dengan hantu terutama hantu laut.

“Aku nak tengok saja, bukan nak berkawan dengannya,” kata seorang anak muda berwajah garang yang mendapat gelaran Pok Nan Suzuki Jin Ni.

Seli (bukan nama sebenar) sambil itu menghirup kopi panas di warung pekan Teluk Chempedak. Dia berbual panjang dengan seorang tua, veteran nelayan pantai daerah itu yang juga bertindak sebagai tekong tetapi kurang menyerlah, cerita tekong Pasir Raja yang mahu disebut namanya sebagai Pak Sebar.

Perbualan antara Seli dengan tekong veteran berterusan beberapa jam dan kemudian beredar menghala ke kawasan berbatuan di Teluk Chempedak dengan berjalan kaki.

Mereka rupanya merancang untuk turun memancing di lereng bukit paling jauh ke dalam. Konon kata, di kawasan itu adalah lubuk ikan pari dan gubal. Kumpulan seramai enam kaki pancing diketuai Seli sudah berada hujung yang terpencil

Jam 5 petang, laut berangin sedikit tetapi bukan angin barat yang membawa ribut dan gelombang besar. Tokoh mamancing veteran yang menggelarkan dirinya sebagai Pak Jenal sudah bersedia.

Tetapi beliau masih menangguhkan pemergian atas sebab tertentu yang cuma difaham oleh golongan tertentu sahaja.

“Kita cuba kat sini dulu, ” kata Pak Nan. Kaki pancing bergegas menurunkan umpan perumpun sarung dan perumpun nipah. Pok Nan mendahului rakan lain dengan mendaratkan seekor yu dengan diikuti pemancing lain dengan spesies ikan berlainan.

Satu jam di lokasi tersebut, mereka berpindah di lokasi yang diidamkan untuk bertarung dengan ikan pari bersaiz besar. Sebaik tiba di lokasi ini, cuaca sudah redup. Khemah telah di dirikan sambil itu kaki pancing sudah membuat persediaan untuk menurunkan umpan dari isi ikan cabuk dan udang. Lampu hijau diberikan oleh Pok Nan lalu bermulalah aktiviti memancing.

Seli ada perbualan lain dengan di bahagian belakang bukit. Dalam pada itu ada beberapa orang sudah mendaratkan ikan pari, sembilang dan kurau tetapi bagi anak muda berwajah garang itu sudah hilang minat untuk memancing. Beliau sedang berkira untuk aktiviti lain yang lebih mencabar.

Seli masih duduk di atas batu seorang diri. Pok Jenal sudah menghilangkan diri. Begitu juga dengan rakan pancing lain sudah mengambil tempat berehat untuk tidur kerana waktu sudah jauh malam.

Seli membaca sesuatu. Dalam keadaan yang tidak semena-mena terdengar bunyi sesuatu seperti orang berjalan di kiri kanan khemah. Mengharung air dengan bau yang sangat hanyir dan busuk. Seli tergamam dan ketakutan melihat munculnya dua ekor hantu laut yang tinggi dan besar. Badannya berumbai dengan urat-urat seperti tali perut terkeluar meliputi badannya. Tangan dan kaki berbulu serta mata merah saga.

Lembaga itu terus mendekati khemah yang dirasakan terlalu kecil. Kerana ketakutan, anak muda yang berwajah garang itu bertukar menjadi layu dan terkulai langsung tidak sedarkan diri.

Entah dari mana Pok Nan tiba tiba muncul dan terus membaca serampi serapah lalu terus memyumpah kedua hantu laut jadi batu



Sekira nya anda ka Teluk Chempedak, Kuantan, anda boleh lah lihat dua lembaga yang kena sumpah ini.

Sat 29-Sep-2007 05:16
Posted by:NORAZERA BT NORDIN
Betul kah hantu wujud
Wed 30-Jul-2008 03:12
Posted by:Rajkumar
uih!!!!nampak cam real r muka at batu tu...... Mon 9-Mar-2009 04:42
Posted by:me aimi_orenk94@yahoo.com
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 13-Jun-2007 12:33 Email | Share | | Bookmark
Jalan pulang dari Kampong Mat Daling

 
 
 
View all 9 photos...

Ketika menuruni satu bukit yang agak tinggi, kedengaran perbualan melalui radio amateur dari satu kenderaan ka satu kenderaan

aaaa = " untok maklumat, bukit ini di kenali sebagai bukit EHEM .. EHEm... kerana di sini terdapat EHEM .. EHemmm berkeliaran ober"

bbb = " Sila ulang .. sila ulang... pendengaran kurang jelas ....over . ober .."

aaaa = " bukit ini di kenali sebagai bukit EHEM .. EHEm... kerana di sini terdapat EHEM .. EHemmm , sekian di maklumkan.. ober"

bbb = " EHemm .. Ehemmm? apa benda tuhh .. anda sakit tekak kah???? .. ober"

aaa= " Ehemm ..Ehemm tuuhh .EErrk .. eeerr........ Maybank laaa .. MAYBANK ...oberr.."

bbb== " hAH!... MAYBANK ada bukak cawangan kat ini!!.. mintak confirmation ober"

aaa== " MAYBANK tu EHemm ... Ehemm laaaa........ over.."

bbb= " kurang faham .. kurang fahammm ..ober.."

zzz== " MAYBANK ,.. EHem Ehem tuh HARIMAU. Ada HARIMAU laaa kat sini .. ha ha ha haa .. . "

Perbualan pun terhenti.


Konvoi bergerak melepasi waktu maghrib, melepasi Bukit Harimau, melepasi sebuah titian kayu, melepasi sebuah sungai dan mentari senja pun berlalu.


Quote:
Sepi larut dalam angin malam
Apa arti bayang kelabu mu?
Kesepian lagi
Sunyi lagi
Dingin lagi
Seperti mana kelesuan pepohon hutan
lalu melahirkan kedinginan malam
Semakin dalam terasa
Dan tua

Dan di sini
Kau buatlah penghujung jalan
Untukku
.



gilo btul la hang ni korok
sesuai ngan nama hang..
kahkahkahkahkahkahkah
Sun 27-Jan-2008 18:43
Posted by:doraemon doraemond@gmail.com  - [Link]
tp shot2 hang mmg bravoo!!!
Sun 27-Jan-2008 18:44
Posted by:doraemon doraemond@gmail.com  - [Link]
A'kum bro, cun gamba tu! gua dah sampai ke kg. mat daling tapi ikut sg. jalan la. tak pernah lagi naik 4x4 ke sana. dan gua dah sampai ke jeram plum, jeram di hulu sg. tembeling. atas lagi dari mat daling. 1 1/2 jam ikut jalan sg. Wed 3-Sep-2008 08:38
Posted by:SARREE sarree_77@yahoo.com
View all 25 comments Add comment


Sunday, 10-Jun-2007 12:18 Email | Share | | Bookmark
Lembu Mat Daling

 
 
 
View all 6 photos...


Apakah ini hanyalah pengembaraan
untuk melewati suatu titik
dimana mesti menlangkahi jalan
dengan segenggam harapan.

Ada tersusun sederet tanya dihati
mencari sederet jawapan
di halaman noktah.

Hai lembu Mat Daling!
Mengapa tak kau dendangkan satu nyayian
dengan irama dan goyang pinggul 'primadona'
untok aku yang kembara ini?

Hai Lembu Mat Daling!
Mengapa tak kau suarakan seni kata yang terindah
agar bergegar Kampong Mat Daling ini
dengan ribut salji?

Mungkin kah esok akan kuterima
panggilan dari sang pencinta
sehingga bisa bertatapan muka
dan saling berkata-kata semula.

Atau mungkin aku harus siap
untuk berjalan dan mecari
arti 'bumi sedepa'

Ataukah mungkin aku harus terus
berlari diantara tajamnya duri dan bebatuan
yang selalu merobek kulit kakiku
agar dapat mengerti apakah itu semua?

OOO Lembu Mat Daling.
berilah daku sederet jawaban
agar dapat aku mengerti...
kalau tidak kau akan ku langgar
dengan pacuan empat roda aku ini
tanpa belas ihsan....

bukan ke tu padang golf?? Tue 12-Jun-2007 18:29
Posted by:m  - [Link]
la...lombu ngan kobou pun ekau tak dapek nak bezo...la..siannyo... Tak makan ko kobou nih...kuruih yoo...sian lak nengok... rumput banyak kat soblah tu...yang tak do rumput gak dicari..he... Wed 13-Jun-2007 05:35
Posted by:yatie  - [Link]
kami panggil Mat Daling tu "My Darling"... sebabnya memang "bercinta" utk sampai ke situ... Wed 13-Jun-2007 09:04
Posted by:dR ali drali@miosh.net  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Saturday, 9-Jun-2007 12:08 Email | Share | | Bookmark
Terlantar di pasir Sungai di kampong Mat Daling

 
 
 
View all 9 photos...



Bila mata di buka, terdampar sebuah sungai mengalir seperti mana detik detik masa di sini yang berlalu perlahan lahan. . Waktu suboh sudah hampir melepasi dan tanggong jawab mesti ditunaikan. Badan badan manusia masih ramai lagi bergolekan sambil menghembuskan nafas mengikut jadual masing masing

Tempat ini adalah tempat lembu lembu Mat Daling lepak lepak, berborak borak, berasmara dan memadu kasih sesama mereka. Kedatangan gerombolan 4x4 malam tadi di tambah dengan lontaran mercun telah menyebabkan lembu lembu Mat Daling terkejut katak dan bertempiran lari.


Ini lah akibat setelah satu malam dan satu hari digoncang goncang dan di lambong lambong.



Kemudian satu pengeledahan dijalankan untok mencari saki baki makanan untok menunaikan tuntutan perut supaya ia tidak menjerit ... untok menyambung semula mimpi yang terindah.

Di tepi sungai ini mimpi indah bisa di sambung semula...................

seronok je nampak berkhemah camni! Tue 12-Jun-2007 05:00
Posted by:zai  - [Link]
Mat Daling tu nama kg ke?? atau kg ni incik Mat daling punye?? Thu 21-Jun-2007 07:24
Posted by:fidah  - [Link]
tak takut ka b'khemah tepi sungai mcm tu?????? Tue 26-Jun-2007 06:07
Posted by:nell nell@nacq@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 6-Jun-2007 11:44 Email | Share | | Bookmark
Ka hujong sungai Tembeling . Kampong Mat Daling, Jerantut Pahang

 
 
 
View all 24 photos...
Semalam, ketika sedang tengah upload gambar, tiba tiba ada tetamu datang .. terus kena kidnap ... gambar pun tergantong gantong tanpa seni kata .....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bertolak dari Kuala Terengganu, selepas opis pukul 6.00 petang. Terhegeh hegeh berhenti di sana sini, maka kami pun sampailah di simpang Kuala Tahan, Jerantut pukul 4.00 pagi. Kemudian berhenti lalu tidur di hentian bas, di atas jalan, dikaki enam dan di bawah atap warong warong.

Keesokan pagi nya setelah bertidurkan satu dua jam, kami pun penuhkan tangki minyak di stesen minyak yang terdekat dan penuhkan tangki perut di restaurant yang terdekat ......., kami pun terus bergerak dari Kuala Tahan menuju Kampong Mat Daling -- off road selama 9 jam sahaja. Satu perjalanan off road yang agak lama dan memerlukan apa yang di perlukan

Kampong Mat Daling adalah antara kampong yang paling dihulu sungai. Untok sampai ka kampong ini anda boleh menggunakan jalan sungai selama 4-5 jam dari Kuala Tahan, atau pun jalan darat menggunakan pacuan 4 roda selama lebih kurang 9 jam.

Sekira nya hari hujang, maka jalan darat tidak dapat di lalui kerana jalang terlalu lincin dan berlumpur. Pacuan 4 road tidak dapat mendaki bukit biarpun memutarkan ke empat empat roda nya dengan tayar tayar yang berbunga bunga sebesar penumbok.

Sekiranya berlaku hujang di tengah tengah perjalanan, alamak terkandas lah kami sehingga jalang cukup kering untok memboloskan kenderaan dan meneruskan perjalanan.

Akhirnya saya pun sampai lah di kampong ini setelah hampir sebulan berangan angan ...



Bagi mereka yang mahukan kedamaian maka ini lah kedamaian
Bagi mereka yang mahukan ketenangan, maka inilah ketenangan
Bagi mereka yang mahukan kesederhaan, maka inilah kesederhanaan...
Bagi mereka yagn mahukan satu kepencilan, ini lah kepecilan yang terpencil.


Selain dari jalan sungai dan darat, anda boleh jugak gunakan perkhimatan superman, ultraman, transformers, fantastic por dan cicakmang untok sampai ka sini.

pergh... besnyer.aku ske tempat cmni.penuh dengan kedamaian.tok pengetahuan korok aku nak g dlm bln 10 ni.x saba rsnyer Mon 10-Aug-2009 00:15
Posted by:zaraz_64 zaraz_64@yahoo.com
aku dah sampai ke kampung nie korok. tapi aku masuk ikut hutan simpan tenom. masuk dari arah jengka. masuk kul 4 pth, jalan off road sampai kul 10 pm lebih..
memang kemutu buntut dalam 4 wheel. memang seronok. kami gi mancing kelah n camping. tapi kelah tak dapat. namun best giler kat situ,. rasa tak nak balik kl jer. tambah plak masa tuh musim durian. best woooo... balik plak kami kuar ikut kuala ltahn. perrjalanan tak sampai 9 jam. lebih kurang 6 jam jugak. ada skali tuh sangkut 30 min sebab jalan becak, tayar sangkut.
so kalau kengkawan nak gi sana, aku advice naik jer bot dari kuala tahan. sekurang-kurang dpt main air hihihihi..
Fri 18-Sep-2009 10:24
Posted by:Ekram
shafie n zaraz, kalau mu nak gi bulan 10 nie berhati hati lah pasal musim hujan. takut hangpa tersangkut dalam hutan jer nanti. better still naik boat la. kalau pi kampung mat daling nie hang cari boy. dia tokey kedai makan n tokey bot kat situ. bapak dia yang buka kampung tuh.. Fri 18-Sep-2009 10:28
Posted by:Ekram guy74_kl@yahoo.com
View all 31 comments Add comment


Tuesday, 5-Jun-2007 12:07 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 12 photos...

this is real..kat mane ekkk?? Wed 6-Jun-2007 00:10
Posted by:Kak Khaty  - [Link]
wah menarik nie... Wed 6-Jun-2007 00:54
Posted by:idderes idd@host.sk  - [Link]
perghh... adventurer betul bro nih.... Wed 6-Jun-2007 09:51
Posted by:dR ali drali@miosh.net  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 28-May-2007 12:08 Email | Share | | Bookmark
Tercari cari di tepian Sungai Perak, Kuala Kangsar

 
 
 
View all 16 photos...


Aku sampai di tempat yang agak asing bagi ku pada hari sudah hampir senja.
Aku pun bergegas gegas mencari apa yang boleh di cari
mengintai apa yang boleh di intai ....
Tiada susujemur terdampar di sini yeeer ...

Quote:
Ku jalan sendiri
tiada tempat untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...

Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian

Nak sambung ckit... lagu favourite gak nih..... Kain putih yg kuberikan padamu, Kini pudar warna-warnanya, Ku selimut di atas ikal rambutmu, Kian jatuh terus lepas ku bahu uuu uuu... Ku mencari bayangmu tiada, Di langit biru di lautan api, Kau hilang dan semakin jauh hujung dunia kita berjumpa... wah layan feeling nih.... thanx for dopping by ye... Tue 5-Jun-2007 14:43
Posted by:mrsjemain  - [Link]
Sun 10-Jun-2007 12:21
Posted by:mang
ko ambik gambo kat taiping plak. cantik gak Sun 10-Jun-2007 12:23
Posted by:mang
View all 34 comments Add comment


Thursday, 24-May-2007 12:20 Email | Share | | Bookmark
Senja di pantai Kuta-Legian-Seminyak, Bali

 
 
 
View all 15 photos...




Perlahan lahan matahari pun menjalar turun di hujong horinzon. Kebanyakan susujemur susujemur yang terdampar seharian di pantai ini telah di angkat pulang oleh tuan nya. Saya masih lagi berdiri di pantai mengintai intai peluang yang terbaik pada saat terindah menabadikan nya ke dalam kamera.

Surfer surfer di pantai ini sudah mula pulang tetapi alunan ombak tidak berubah oleh kepulangan surfer surfer ini.

Mengapa wahai ombak kau masih lagi menggulong guloong menerpa pantai, sedang surfer surfer sudah pulang. Sekejab lagi akan lengang lah pantai ini. Sekejab lagi akan kesunyian lah kau ombak .........

Wahai ombak, aku tahu kau masih lagi geram pada susujemur susujemur di tepi pantai tengah hari tadi, tetapi apa boleh kau buat ... kau cuma mampu menghempas hempas diri sehingga berkecai di atas pasir. Kesian kau ombak .. he h heh hhehe....

nak gi bali jugakkkk... nice sunset tho. Wed 30-May-2007 14:33
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
fuyooo...ombakk...
nice silhouette ...i like...
Sat 2-Jun-2007 19:20
Posted by:fidah  - [Link]
puas sudah aku memikir apa kah itu susujemur??
namun makin ku baca dan terus ku baca
cehhhhhhhhhh hampehhhhhhhhhh!!!!!!!
gilo ko korok
hehehehehehe gilo botollllll
Sun 27-Jan-2008 18:52
Posted by:doraemon doraemond@gmail.com  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Tuesday, 22-May-2007 12:29 Email | Share | | Bookmark
Patong dan topeng di sekitar Bali

sentiasa tersenyum manja..
kelihatan pemalu..
kelihatan sedang mesra menyambut tetamu ..
View all 7 photos...


Mula mula tangok patong patong ini kelihatan mengerikan dan menakutkan.

Tangok lah lama lama lamaaa lamaaaaa laaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
dan bawalah ianya terbayang bayang di ruang mata
sehingga ka bilek tidur dan bilek air kamu
seterusnya biarkan mereka memasuki alam mimpi kamu....
lalu menghiasi di ruang igauan igauan kamu .

Kemudian tangok lagii lagii dan laaaaaaaaaaaagiiii..

Topeng2 & patong2 mistik ini adelah pelindung kpd masyarakat Bali agar anak anak mudanya tidak meng-embrace budaya rempit. Fri 25-May-2007 19:09
Posted by:Bimbo Baggins  - [Link]
astagaaa..mengGERUNkannn.. Tue 29-May-2007 10:50
Posted by:~IzzasaifuL@putrajaya~  - [Link]
adoi makin aku baca ko punya subtitle makin gilo aku dibuat ko..

tp pic ko mmg mantap siutttt
Sun 27-Jan-2008 18:55
Posted by:doraemon doraemond@gmail.com  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Saturday, 19-May-2007 12:55 Email | Share | | Bookmark
Mencari susujemur di pantai Bali.

 
 
 
View all 15 photos...
Apabila kakiku berpijak ke atas tanah pulau Bali, saya terus teringat pesan seorang rakan, " Bila kamu ka Bali, kamu carilah susujemur. Di Bali banyak sekali susujemur. Rugi kalau kamu tak ketemui susujemur, kerana banyak khasiatnya.

Saya pun bertanyakan orang apa kah susujemur dan dimana boleh dapatkan susujemur di Bali. Namun tiada yang tahu. Maka merayau rayau lah saya di Pulau Bali beberapa hari sambil bertanyakan tentang susujemur itu.


Diwarong inilah, di tepi pantai Kuta-Legian-Seminyak, saya bertanyakan tentang susujemur kepada penjual warong ini.

Penjual warong ini melihat pada aku seketika, kemudian meneruskan kerja nya sambil melemparkan setitik senyuman sambil memuncungkan mulut nya kaarah laut lalu berkata, " Kamu cari lah susujemur di tepi pantai . Kamu pasti akan temuinya"

Aku menjangkakan susujemur species siput atau kerang atau lala atau etak yang terdampar di tepi pantai.
Mungkin juga susujemur ini species tapak sulaiman atau ketam atau ulat yang bergoleksan di pantai
Mungkin juga susujemur ini sejenis batu permata atau cristal atau quartz yang bercampur dengan pasir pasir pantai. Aura aura dan frequency dari cristal ini punya khasiat yang banyak untok umat manusia.


Saya pung merayau rayau sambil mencari susujemur dan mengambil gambar di serata pantai Kuta-Legian-Seminyak dari pagi sehingga ka petang.

HAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII APAKHABAR?
Sat 16-May-2009 18:34
Posted by:JOHAN joe_irwan87@yahoo.com
keren jd pengen nyusu,,, Wed 23-Sep-2009 00:10
Posted by:unnamed
wau... bokongnya montok buanget Wed 30-Sep-2009 02:23
Posted by:cuplizt djokers@mil.com
View all 32 comments Add comment


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.