korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Monday, 26-May-2008 12:47 Email | Share | | Bookmark
Berkayak menhilir sungai terengganu.

 
 
 
View all 18 photos...

Pada jam 9.00 pagi kayak di turunkan di Kampong Pasir Tinggi, satu kampong di tepi Sungai Terengganu kira kira 30 kilometer dari Kuala Terengganu melalui jalan sungai. Jambatan Lebuh Raya Pantai Timur menuju ka Besut sedang dalam pembinaan.


Ini lah jambatan Lebuh Raya pantai Timur yang sedang dalam pembinaannya. Perlahan lahan kayak yang saya mengayuh meninggalkan Pasir tinggi pada kadar kelajuan 6 km sejam.


Aktiviti mengepam pasir ada di sepanjang sungai Terengganu.


Kami tersua dengan seorang sedang menjala ikang lalu kami berhenti untok ramah mesra dengan nya. Beberapa ekor ikang sebesar penampar ada bergelempar didalam perahu nya. Katanya minggu lepas adiknya berjaya menembak seekor ikang kelah seberat 13 kg di lubok yang berhampiran.


Kami pun berhenti ditepi untok berehat, makang bekal nasi lemak dan minum air. Cuaca ketika itu mendong dengan angin yang tertiup sepoi sepoi. Maka saya pun terlelap di atas bangku

Apabila terjaga dari lelap ku...
Quote:
.....
Dan hilang
Segala rupa yang telah ku bayang
Dan hilang
Segala rasa yang telah ku rasa
Dan hilang
Segala semua harapanku
Dan hilang
Cerita indah dalam tidurku


Dah hilang... hilang lahhh ..
tetapi perjalanan berkayak mesti di teruskan.....


Kami berhenti sekejab di sini untok menemu ramah kanak kanak yang sedang memancing. Mereka baru sahaja memancing dan masih belum dapat ikang lagi. Ikan yang sering kali dapat pancing ialah ikang baun dan talapia.


Penyebok di gunakan untok menyebok air keluar dari kayak
Pisang adalah untok di makang sebagai pemberi tenaga
GPS digunakan untok nagivate
Parang untok menetak apa apa yang patut di tetak


Kemudian kami berhenti dan bertemu ramah pulak di si mamat ini. Katanya semalam dia berjaya menaikkan ikang baung hampir satu guni dalam masa 2 jam sahaja. Katanya sangkar ikan yang berhampiran koyak itu lah sebabnya dia mendapat manyak ikang. ....


Apa kami melalui kanak kanak yang sedang mandi ini, mereka memanggil manggil kami kerana hendak mencuba kayak ini. Apabila kayak kami menghampiri mereka mereka pung terus berenang ka arah kami untok berpaut pada kayak. Apa apa pun kami berjaya melarikan diri. Jika tidak besar kemungkinan kayak kami akan terbalik dibuatnya.


Pulau Wan Mang dengan masjid masjid yang controvasi kelihatan ketika berkayak menghilir sungai Terengganu. Bukit yang kelihatan adalah bukit besar Kuala Terengganu.


Lagi kanak kanak sedang mandi sungai. Mandi sungai memang best ... .. dulu kini dan selama lamanya mandi sungai memang best...


Jetti jabatan laut Kuala Terengganu. Memburu, menangkap dan menghukum mana mana yang patut di hukum


Sampai di Kuala Terengganu, saya pun memasuki satu alur sungai teruss memasuki anak sungai .. kemudian memasuki tali air,.......... kemudiann memasuki paritt .... dan tersadai di sini ..berhampiran dengan Stadium Negeri berhampiran dengan Gong Badak. Perjalanan berkayak TAMMAT di sini pada jam 4 petang.

Kayak itu kemudian di pikul ka atas jalan.. di pikul pikul lagi .... kemudian di pikul pikul lagi .. ...kemudian di pikul pikul pikul pikul lagi macam orang giloorrrr .... huukk ...hukk hukkk.........................................


Saturday, 24-May-2008 08:21 Email | Share | | Bookmark
makang.. makangg .. kemudian mengintai ..

makan t hari
makan malam
pekan bintulu
View all 6 photos...

Pijak sahaja kaki di lapangan terbang Bintulu, seorang kenalan datang menjemput. Kemudian menggunakan hanpon kita orang calling calling kumpulan PATI ( Pendatang asing tanpa isteri) di Bintulu, Serawak. Kitak pun borak borak sehingga tiada apa yang boleh di borakkan lagi.


Malam tuh kitak orang calling calling lagi.. maka datang lah satu gerombolan PATI yang lain pulak. Maka kitak pun makan apa apa yang boleh dimakang dan berborak borak sehingga tidak apa yang boleh di makang lagi dan makan sehingga tiada apa yang boleh di borakkan lagi.


Selesai makang malam, saya pung ka tepi sungai bersama kamera di tangan mengintai gintai apa apa yang menarik untok di tembak. Perempuan ini mungkin sedang asik mengintai hubby nya sedang melakukan sesuatu yang menyeronokan..


Sunday, 18-May-2008 06:57 Email | Share | | Bookmark
Latihan penyelamat di kem PGA Tupah, Bedong, Kedah

 
 
 
View all 6 photos...

Di kem PGA Tupah, disini saya terperam selama tiga hari tiga malam untok menjalani latihan menyelamat.


Pendaftaran bermula... muka muka yang tak kenal muncul tiba tiba...


Ini adalah sebahagian simulasi - menyelamat mangsa mangsa helikoptor yang terhempas. Ramai jugak dari perserta adalah para doktor dan jururawat. Saya bukan doktor juga bukan jururawat. Kebolehan saya cuma dalam bidang kejuruteraan Mekanikal/Kimia aka illegal photographer yang menyibuk. Sekiranya berlaku kejadian yang sedemikian, maka saya akan mengambil gambar mangsa yang sedang meniarap dan terlentang sebanyak banyak yang mungkin sebelum mangsa itu menamatkan nafasnya ....heh hehe...



Mengusong mangsa yang banyak dosa memang terasa sangat berat. Rasa rasa nak humbang saja mangsa ini ka dalam longkang...


Friday, 16-May-2008 12:55 Email | Share | | Bookmark
Pekan Merbok, Sungai Petani, Kedah..

 
 
 

Ingin sekali saya hinggap di lembah bujang dan melihat di persekitarannya. Tetapi masa tidak mengizinkan.


Saya hanya mampu singgah seketika di warong ini ..


untok mengirup secawan teh tarik dan menelan sebungkus nasi lemak , kemudian meneruskan perjalanan ka destinasi.


Saturday, 3-May-2008 12:23 Email | Share | | Bookmark
Berkayak menghulu sungai Terengganu

 
 
 
View all 16 photos...

Merah itu menarik.


Perjalanan pun di mulakan pukul 8.15 pagi dari Pulau Duyong menghulu Sungai Terengganu. Tujuan am ialah mengambil gambar gambar di pesisiran sungai Terengganu. Tujuan khusus ialah mengambil gambar anak anak dara atau pun mak mak dara sedang basuh kain atau mandi manda di tepi Sg Terengganu.


Sebuah jetti boat. Tiada yang menarik di sini...


Pertanyaan yang dikemukakan ialah - Kakak/mak cik datang tak?????


Masjid pulau Serati. Pulau serati masih belum di nodai oleh Patrik Lim. ..


Jambatan ka Pulau Serati. Hanya berjalan kaki, berbasikal atau motorsikal sahaja yang boleh lalu.


Mezium Negeri Terengganu kelihatan dari Sungai Terengganu. Mezium ini adalah mezium yang terbesar sekali di Malaysia, dari segi keluasan nya.


Sekumpulan anak anak sedang mandi manda. Itu sahaja , tiada yang menarik.


--agak agak nya perut siapa yang lagi besor???


Rumah Pam air. Ketika air sedang di pam, kayak kecil seperti ini dengan mudah boleh di hisap oleh pam gergasi di rumah pam ini.


Tempat mengepam pasir. Tempat ini dimaklumkan adalah merbahaya bagi kayak. Jika tidak pandai mengayuh kayak boleh terlekat pada pipe yang merintangi sungai dan kayak fiber boleh patah dua. Orang yang berkayak akan bergolek golekan dalam air. Kalau timbul ada peluang untok hidup.

Apa apa pun, secara keseluruhannya, matalamat am tercapai tetapi matalamat khusus tidak.

Hasil dari post mortem, ialah kawasan ini kawasan bandar. Orang orang di sini mandi dalam bath tab dan membasuh menggunakan mesin basuh fully automatik dalam rumah.

Kalau mahu dapatkan gambar gambar yang diingini mestilah berkayak di sungai di kawasan pendalaman di mana tiada bekalan elektrik dan air paip.


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net