Want your
own Fotopage?







 
korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 8-Feb-2009 13:10 Email | Share | | Bookmark
Mencari kaca di Masjid Kristal

 
 
 
View all 6 photos...


terasakan Langkahmu Makin Laju
melangkah Batas Rindu
dan Aku Pun Memburu
mentari Yang Jauh

cantik arrr masjid nih....
kalu ader rejekinyer....
mau kesana
Mon 16-Feb-2009 14:07
Posted by:akina@mamantaro  - [Link]
Hari ini ada ikang Mon 16-Feb-2009 23:09
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai -----------> STOK BARU 4 MEI 2009

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....kita guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Mon 11-May-2009 06:21
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 25 comments Add comment


Thursday, 22-Jan-2009 12:39 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti pak pak motor ...

 
 
 
View all 15 photos...






Kemudian menunggang motor ..
kemudian berhenti minum
kemudian borak borak ..

kemudan menunggang motor lagi
kemudian berhenti minum hisap rokok
kemudian lepak lepak ..

Kemudian menunggang motor ..
kemudian berhenti minum
kemudian borak borak ..

kemudan menunggang motor lagi
kemudian berhenti minum hisap rokok
kemudian lepak lepak ..

....

kemudian balik rumah ...
bini dah tunggu depan pintu ..
kemudian ........................................
kemudian ........................
kemudian ........

nak join pak.... kuikuikui

fp dah updte
Sat 7-Feb-2009 04:11
Posted by:afisya frakwais_f8memo@yahoo.com.my  - [Link]
Seronok juga berkonvoi ni Tuan.. Sat 7-Feb-2009 23:59
Posted by:badangperkasa  - [Link]
Ada gambar yg menarik tu..send ikut email saya je... Sun 15-Feb-2009 07:21
Posted by:taufik othman taufik60@yahoo.com.sg
View all 9 comments Add comment


Saturday, 17-Jan-2009 14:01 Email | Share | | Bookmark
Gerombolan chopper-chopper Kuala Terengganu

 
 
 
View all 14 photos...






Seperti penjahat penjahat dalam filem clint eastwood, kehadiran mereka membuatkan orang orang sekeliling memanjangkan leher mereka, memusingkan kepala dan mencari cari dari mana datang nya bunyi yang mentenggelamkan bunyi bunyi yang lain.

Bunyi low frequency yang keluar dari hujong exhaust meneggak gumpitakan alam sekitar sepeti guruh yang datang menderu deru.

Kuat tetapi tidak menyakitkan telinga.
Bunyi yang lantang datang bertalu talu ...
membuatkan dada bergoncang
tangan bergetar.

wahhhhh cam bikers dlm kartun ujang laaaa si ali tu.... gempak tu bro.... Sun 18-Jan-2009 01:29
Posted by:iezah azizam  - [Link]
Hapenning ni..Trip ni dari mana ke mana?
Macam nak join?
Sun 18-Jan-2009 14:18
Posted by:Anuar anot@oum.edu.my  - [Link]
Bunyi yang lantang datang bertalu talu ...

membuatkan dada bergoncang Tak karuan jadinya Dong Pak.....

Apa kata Kawan2 FP Wak Kumis semua kalau Wak ajak Othman Hamzah bersama kita semua buat Gathering di Tasik Shah Alam
Mon 19-Jan-2009 15:36
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Add comment


Monday, 5-Jan-2009 13:07 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 4 photos...




Quote:
Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu
Menjelmalah seraut wajah
sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya


Dengan kunci itu .. saya pun menyetat motorsikal .. lalu VROOM .. VROOOmmmm .. mmmMMMMmmmmm ... terus hilang dalam kepekatan malam.

aik. kumpul bunga² kering nmpk Fri 16-Jan-2009 09:20
Posted by:norsham~mommy sofie  - [Link]
KALAU NAK MUNGE IDUP...DATANG UMH AKU NIH...ADA KAT PASU... Sat 17-Jan-2009 06:34
Posted by:sabpage  - [Link]
Cantikkkk.. Thu 26-Feb-2009 10:54
Posted by:Amyz  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Saturday, 20-Dec-2008 12:51 Email | Share | | Bookmark
teman baru ....

 
 
 
View all 10 photos...



ini teman lama saye

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx








ini teman baru saye...

Code:
Kasih yang dulu simpan dalam mimpi
kasih yang baru simpan di hati ..
Laalalallaalaa.........



>> salam maal hijrah 1430...
>> selamat tahun baru 2009...
>> semoga tahun mendatang akan dipenuhi dengan kegembiraan, kejayaan dan kebahagian buat anda....
Mon 29-Dec-2008 19:23
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
gmbr last skali tu, jgn terlepas angin kus2 sudahhhh... Wed 31-Dec-2008 06:40
Posted by:iiZetty ii_zetty@yahoo.com  - [Link]
selamat tahung baru en korok!! Wed 31-Dec-2008 23:07
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Tuesday, 16-Dec-2008 12:28 Email | Share | | Bookmark
Kita kan bersama..

 
 
 



Deruan angin yang melalui lidi lidi yang bersilang
Bisikan corak corak yang menghiasi permukaan tayar
Alunan dan buaiyan absorber Rock shox SL
membuatkan aku kembali rindu ...
untok bersama
membelah angin
menghakis bukit
menabur keringat
menyiram bumi.

iyeee... dah beranak dah.. Thu 18-Dec-2008 06:43
Posted by:marcia  - [Link]
hmmm... kreatif blh lak cantum gambo jd 1 tayar... hehehe.. Thu 18-Dec-2008 08:11
Posted by:iezah azizam  - [Link]
Cam ne buat nih.. Tayar kerat tiga.. boleh ajar? Thu 18-Dec-2008 15:29
Posted by:Najwa(bukan nama sebenar)  - [Link]
View all 28 comments Add comment


Friday, 5-Dec-2008 12:13 Email | Share | | Bookmark
dari tingkat 9 concord hotel Shah Alam

 
 
 
View all 6 photos...

Dengan sedikti usaha sahaja saya berjaya buka tingkap di bilek hotel tempat saya menginap.
Saya hulurkan kamera keluar,.. kemudian saya hulurkan tangan saya.. kemudian saya hulurkan kepala saya.

Kemudian saya snap sekeping dua ...


Seketika kemudian saya hulurkan kamera keluar,.. kemudian saya hulurkan tangan saya.. kemudian saya hulurkan kepala saya.

Kemudian saya snap sekeping dua ...lagii ...


Seketika kemudian saya hulurkan kamera keluar,.. kemudian saya hulurkan tangan saya.. kemudian saya hulurkan kepala saya.

Kemudian saya snap sekeping dua ...lagii ...



Seketika kemudian saya hulurkan kamera keluar,.. kemudian saya hulurkan tangan saya.. kemudian saya hulurkan kepala saya.

Kemudian saya snap sekeping dua ...lagii ...



Seketika kemudian saya hulurkan kamera keluar,.. kemudian saya hulurkan tangan saya.. kemudian saya hulurkan kepala saya.

Kemudian saya snap sekeping dua ...lagii ...


Hari sudah malam ....

Yaaaa......Bukan masa yang patas berlalu akan tetapi kitalah yang lambat mengejarnya…

jgn terlepas camera tu udah Wed 17-Dec-2008 00:05
Posted by:maya amir  - [Link]
Hotel mahal ni bro Wed 17-Dec-2008 04:40
Posted by:baning  - [Link]
nasib baik x hulur badan sekali Wed 17-Dec-2008 15:33
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Monday, 24-Nov-2008 12:53 Email | Share | | Bookmark
Sepetang di anjung hotel di Tanjung Balai.

 
 
 
View all 14 photos...

Termenung sambil tangok kaki langit di tebing selat melaka merupakan satu pengalaman yang mengasikkan.


Antara jetti jetti dan bangunan bangunan batu ada terselit rahsia tidak perlu di bongkarkan. Maka biarkan saja ia nya rahsia


Dan pendayong perahu di menerjus selat melaka mencari sepaut kata menuju arah. Persis hidup ini, ada yang masih menggunakan kederat sedangkan yang lain sudah menggunakan jentera.




Senja nan indah di tanjung balai dari anjung hotel.. dengan udara yang sepoi sepoi lagi nyaman. Orang kata memang tempat ini amat sesuai yang beristeri rehat. -- untok rehatkan isteri di rumah seketika dan kita orang lelaki perlu berkerja keras di sini.


jika tiada digital slr .. kemera kompak pun boleh jugak ...
jika tiada juga kamera kompak . kamere handpon pun jadikkk
jika tiada kamera handpon ... ambil kertas dan pencil dan lukisssss ajeeeerrr...


Sebelum mata hari terbenam ..
sebelum senja mendatang
Sebelum perahu berhenti di dayung

ada yang terbaring dengan dahi di tangan
cuba menongkat langit menghitung bintang
cuba menahan arus membongkah taufan
dengan harapan agar december ini
tidak menguris dan memedihkan.

bro knp tak ajak .........
teringat kawan kawan di tg balai dan tg batu.........
Tue 23-Dec-2008 04:21
Posted by:azizancm azizancm@gmail.com  - [Link]
cantiknya gambar last tu...dgn gambar perahu tu..boleh nampak riak2 air lagi.. high class sungguh gambar2 en korok...tahniah tahniah

tempat buruk pun jadi cantik kalau ditangkap dgn lensa kamera en korok
Mon 5-Jan-2009 08:55
Posted by:izie  - [Link]
indahnya berpuitis, seindah gambar lensa Wed 7-Jan-2009 15:36
Posted by:yanaar
View all 20 comments Add comment


Sunday, 23-Nov-2008 03:51 Email | Share | | Bookmark
pekan Tanjung Balai, Indonesia

 
 
 
View all 6 photos...

Pekan Tanjung Balai ada satu pekan. Lebih kurang sebesar pekan Kuala Besut sahaja. Pekan ini kelihatan macam pekan koboi sahaja.


Kata kawan saya, pakaian di sini walau pun pilehan tidak sebanyak di Jakarta, tetapi harga nya jauh lebih murah. Mungkin kerana itu lah, pada musim cuti dan hujung minggu berduyun duyun bas dari serata tempat di Malaysia datang ka tanjung balai untok shopping sakan.Diberitakan juga seluar seluar bersaiz 19 --- 25 inchi banyak kedapatan di sini.


Kata seorang pengunjung yang datang di Johor, -- Orang yang datang ka tanjung Balai biasanya orang yang ingin menikmati cewek cewek disini. Di Tanjung Balai tidak ada apa yang menarik kecuali cewek cewek nya yang peramah dan tidak sombong.

cewek yg peramah dan tdk sombong? len mcm ja tuh Tue 25-Nov-2008 09:42
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
jauh perjalanan luas pandangan Wed 26-Nov-2008 07:42
Posted by:Jamal_KL  - [Link]
my hubby always want to go there in tanjung balai for cewek... i caught him how many times coz the cewek always sms him... we had a big figth... since i still love him i forgive him for what he did to me... his cewek name nina binti adin from ayong kedai...the pimp is acin... sorry for the girls working like that. i pity them but we cant blame them also coz of poverty. Sun 14-Jun-2009 13:01
Posted by:laika jennysagayaporate@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 19-Nov-2008 13:42 Email | Share | | Bookmark
Satu pagi di Pekan Kukup

 
 
 
View all 10 photos...

kami tiba di pekan kukup pada pagi yang masih buta. Pekan Kukup di katakan satu tempat di mana warga singapora sukar benar makan ikan bakar. Mungkin tempat ini ikannya segar, murah dan masakannya pun cedaaapp..

Disini juga lah ada nya jeti yang mana ada feri menyeberang selat melaka ka Tanjung Balai, Indonesia dengan bayaran RM80 pergi balik tidak termasuk kos sur charge minyak Rm10x2



Setelah parking kereta di sini dengan kadar bayaran RM8 satu hari ...kami sudah nekadkan minda kami untok teruskan rancangan kami menyeberangi selat melaka, biar pun apa yang terjadi.


ini lah terowong menuju di immegresen Malaysia. Laluan ini mengingatkan saya terowong terowong di chow kit satu ketika dulu. Penuh dengan suspen dan dosa dosa yang tak terhingga banyak nya..


Di jetti pekan Kukup menanti ferri ka Tanjung Balai Indonesia. Debarannya terasa seperti penganting di malam penganting... tak tahu apa yang bakal di tempuhi dan tak tahu apa yang bakal di nikmati.

Quote:
Kami datang ini hanya sekadar menumpang lalu
bukan niat untok menodai penghuni -penghuni Tanjung Balai yang enak enak
atau ternoda dengan ke enakan ke enakan penghuni penghuni Tanjung balai.

kami datang ini hanya sekadar untok merakam sketa kehidupan di sini...,,
kami ini hanya lah pengembara yang datang dengan kamera di tangan,

Citer sikit pengalaman kat sana En.Korok... tak sabau nak tengok gambar2 kat sana.. Sat 22-Nov-2008 04:40
Posted by:shafie  - [Link]
korok...apa maksud korok...? Sat 22-Nov-2008 11:44
Posted by:RizanSaad rizansaad@yahoo.com  - [Link]
isk. pasai pa buruk bebeno ghopa terowong tu? Tue 25-Nov-2008 09:44
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
View all 13 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.