korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 30-Nov-2009 22:48 Email | Share | | Bookmark
Senyuman yang terakhir

arrghhh..
uuuuuuurgghh..
eeeerrrghh...
View all 6 photos...




Senyuman terakhir itu
Senyuman keikhlasan hati,,,
Untuk pergi meninggalkan

Senyuman terakhir itu barkata,,"makanlah, tetapi jangan gelojoh sangat "


kini aku lebih mengerti .. apa itu erti kehidupan?

kita semua tertanya2 jawapannya ...untok TITISAN DARAH ...


Monday, 2-Nov-2009 12:28 Email | Share | | Bookmark
Bulan berselimut merah

 
 
 
View all 7 photos...






Tulikan telingamu
Dengar hatimu

Butakan matamu
Baca dengan rasamu

Belenggu kakimu dan tangganmu
Kunci mulut mu....

Layangkan minda mu


Sunday, 25-Oct-2009 12:43 Email | Share | | Bookmark
Gong Badak-Kerteh- Kuala Tahan-Kg Mat Daling - Kg Gusai

 
 
 
View all 14 photos...

Bertolak dari Gong Badak ka Kerteh selepas opis. Sampai di kerteh terus di jamu makan oleh tuan punya restoran di kerteh, Pak Rashid. Selepas makang kami pun terus berkonvoi ka Kuala Tahan.


Dari Kuala Tahan, kami pun terus menerjah masuk ruang off road ... menuju Kampong Mat Daling. Off road memakang masa lebih kurang 6 jam.


Kerosakan kecil adalah perkara biasa ajeerr. Pomen pomen pok munah ramai, so tak dok masaalah. Kereta yang tak rosak boleh di rosakkan tanpa ada masaalah.


Sampai di Kampong Mat Daling, kami mencari ruang yang sesuai di tepi sungai Tembeling untok membuat khemah. Selepas makang kepala pun di letakkan ke atas ranjang portable lalu terus lena macam cacing dalam periuk.



Keesokan harinya.. lebih kurang 4 jam ber off roading lagi kami pun sampai di Kampong Gusai, kampong yang terpinggir yang di diami oleh manusia manusia yang bukan manusia asli.





Suasana kampong Gusai. Aman tenteram dan damai bagaikan di pinggir hutan belantara di taman negara.


Kehidupan di sini adalah kehidupan yang keserderhaan. Tiada kehirupirukan kota yang menghimpit. Tiada kotoran udara dari bus bus, lori lori kilang dsb.


Kg Gusai, sudah di lengkapi oleh kerajaan kelinik, masjik, sekolah dan segala kemudahan asas untok hidup sebagai manusia moden. Liputan signal telepon Maxis ada dengan kadar full bar. Tak dok masaalh untok telepon di mana mana tempat di atas dunia ini.



Sedang kami asik dengan keindahan kampong Gusai dengan pandangan kerbau kerbau yang sedang lepak di dalam bendang

Tiba tiba pandangan sebahagian dari kami tak berkelip kelip kelip bagaikan mentol lampu yang sudah short. Terutama species species buaya yang sudah lama tak menelan mangsa.







Kampong Gusai adalah kampong yang terpencil yang di diami manusia modern di Ulu tembeling.

Masing masing yang datang ka sini ada tujuan masing masing tetapi saya datang adalah hanyalah untok mecemarkan kereta saya dengan selut dan lumpur Kampong Gusai dan melihat keindahan disini. Saya sudah melihat sesuatu yang menawan.


Thursday, 8-Oct-2009 12:49 Email | Share | | Bookmark
Teh tarik tertumpah..

 
 
 
View all 6 photos...

Mengapa di buang bergitu saja air teh ini ..
apakah tidak siapa yang sudi meminum nya ..


atau kerana air kopichinoo sudah menguasai
lalu air teh di lucutkan tahtakan ka bumi


atau air teh sudah terlalu banyak diminum sehingga perut sudah termengandung..

air teh air kopi
sudah letih cium pipi ...


Sunday, 20-Sep-2009 11:01 Email | Share | | Bookmark
Apakah anda ingin mencubanya sepena hari raya ini ..

 
 
 
View all 4 photos...

Dikatakan mahluk ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat nya akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu ianya juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian.



Mahluk ini mempunyai nilai yang amat berguna pada kesihatan. Ciri-ciri penyembuhan dapat membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan kepada tubuh badan di samping membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi (hypertension).

Minyak asas serta komponen lain yang dimilikinya mempunyai kekuatan antibodi, antifungal dan antiviral.

Ia boleh dihiris untuk masakan seperti daging, ayam dan sayur-sayuran atau salad.
Selain itu ia juga dijeruk di dalam minyak untuk menghasilkan rasanya yang lazat.

Ianya juga boleh dijadikan ubat bagi penyakit sakit saraf, sakit sendi, kutil dan penyakit kulit lain.

Makanan segar yang dicampurkan dengan madu dikatakan dapat membantu menyembuhkan selesema, suara yang serak dan radang pada kerongkong.




Dikatakan benda ini sangat sesuai untuk penjagaan kulit. Ia membantu menyihatkan kulit termasuk:
-Melembap dan melicinkan kulit
-Menggalakkan keanjalan kulit
-Cepat meresap ke dalam kulit yang kering
-Melembutkan dan membantu mengurangkan kedut-kedut dan garis halus
-Membantu dalam pengelupasan lapisan luar kulit mati, menjadikan kulit lebih licin
-Melindungi kulit dari radikal bebas berbahaya yang meningkatkan kesan penuaan, dan membantu penampilan kulit dengan kebaikan anti penuaan.
-Bersifat anti-oksida yang melambatkan proses penuaan kesan daripada radikal bebas
-Membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit
-Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur malah menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
-Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, jeragat, telinga bernanah, resdung dan lain-lain.




Dikatakan juga beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan benda ini boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angi dalam perut. Ia boleh disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Ianya juga boleh digunakan sebagai sup bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Ia juga boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.




Apa kah anda ingin mencuba sempena hari raya ini?????????????...


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net