Want your
own Fotopage?







 
korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 24-Jun-2008 12:36 Email | Share | | Bookmark
Kejadian di Gunong Ledang

 
 
 
View all 10 photos...

Pukul 1.00 pm,---saya sampai di sini ... kedengaran air yang mengalir mesra
jerit pekik kanak kanak bermain air kedengaran.


Pukul 1.05pm -- Kira kira beberapa meter selepas laluan tadi, saya pun sampai lah di kawasan di mana ramai orang berkelah, mandi dan menjerit jerit kegumbiraan. Ramai jugak pengunjong dari Singapore datang untok berkhemah dan berkelah di sini.


Pukul 1.15pm--- pasir di tepi anak sungai di kaki Gunong Ledang kelihatan seperti tepi pantai Terengganu, putih dan bersih. Saya bukan mahu berkelah di sini, bukan pula hendak mendaki gunong ini sampai ka puncak. Saya cuma singgah seketika di sini. Disini ada banyak nostalgia laah. Orang kata - tempah jatuh lagi kan di kenang, ini kan pula tempat bermanja!..... Bermanja??? EERrrrkk!....


Pukul 1.25pm -- jumpa jambatan ini. aaahh .. Dijambatan ini pernah berlaku adengan macam dalam filem hindustan. Kalau jambatan ini boleh bersuara mesti dia akan mengalu alu kan kedatangan saya hari ini.


Pukul 2.00 pm - saya mendaki lagi. Orang semakin kurenngggg dan ramai yang dah turun. Hari semakin mendung. Pengujung lain sudah berduyun duyung turun, tetapi saya terus mendaki .. di dalam hujang renyai renyai.... Saya ingin mendaki ka satu kolam di mana satu ketika dulu ada anak-anak ikan guppy yang berwarna warni berenang renang didalam nya.


2.15pm --- sampai di sini Sudah tidak kelihatan orang. Hujang renyai renyai turun lagi tanpa belas ihsan. Jantong saya tiba tiba berdetup detup detap didalam keadaan luar biasa... di turuti dengan bulu roma berdiri , kemudian aura sejuk terasa mengelilingi. Heh heh heh .... Saya rasa saya sudah terserempak dengan puteri Gunong Ledang.


6.30pm -- Saya sudah berada disini untok check in. Lampu lampu yang bergemerlapan diserikan lagi udara yang dingin Senyuman dari receptionist kelihatan sungguh misteri tetapi romentik.

Selepas kejadian yang mendirikan bulu roma itu, saya berpatah balik sambil mengeleng geleng kepala sehingga kakaki Gunong Ledang dan terus memandu ka Cherating, Petang itu saya tidak berselera menganggu aktiviti Hang Tuah dengan Puteri Gunong Ledang. ...

Thu 3-Jul-2008 05:00
Posted by:akuasyiek!  - [Link]
hehe walking down the memory lane yek

mesti dok teringat kisah lama... nice shots!
Thu 3-Jul-2008 05:42
Posted by:ad & apex  - [Link]
misteri tetapi romantik?? hehe ... takut saya! tp sungai tu chantek! Thu 3-Jul-2008 12:40
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
View all 40 comments Add comment


Wednesday, 18-Jun-2008 12:56 Email | Share | | Bookmark
Bila kos kehidupan di kota semakin mencengkam

 
 
 
View all 9 photos...
Bila harga minyak petrol dan diesel sudah terlalu tinggi
maka kos kehidupan di kota dan desa semakin mencengkam
dan anda sudah tidak mampu lagi bertahan, maka
tempat ini adalah satu pilehan yang baik untok menetap
tempat ini minyak petrol dan diesel tidak di perlukan.


Disini tiada hutang rumah beratus ratus ribu ringgit
tiada cukai pintu perlu di bayar
tiada cukan tanah perlu di lunaskan
tiada traffic jam
tiada tol



tiada bill letrik perlu di tanggong
tiada bill air perlu di fikirkan

segala keperluan hidup semuanya ada disini
tidak perlu di bayar , ambil saja ..
ianya adalah percuma


disini,
tidak perlu pergi kursus kawin
tidak perlu kepada majlis yang besar besaran
tidak perlu kepada hantaran emas intan belian
dengan sedikit perbincangan ,. terus boleh pakai ..

bila tiba masanya ...
tepi sungai atas pasir boleh beranak


anak anak di sini secara automatisnya menjadi pelajar pelajar univerisiti terbuka
universiti hutan yang terbuka ....................

Bila anda sudah ditidak mampu lagi
bila anda sudah tidak mampu lagi ..
maka ini antara pilehannya ......

Bila ramai sangat masuk U terbuka tu habis tanaman dan babi hutan lepas tu mula makan orang pulak Tue 24-Jun-2008 21:45
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Sadis lak entry kau ni ..... ada dark humour dalamnya. Tapi itulah hakikatnya untuk masyarakat dalam hutan tu. Masa aku bertugas dalam hutan dulu ada gak bertembung dengan aktiviti sebegitu ..... tapi aku tak terlibat la.
Mungkin kalau kos hidup di kota pun dah jadi teruk ..... orang kota pun buleh apply cara hidup sebegitu ..........
Thu 26-Jun-2008 00:54
Posted by:baning  - [Link]
kat mana ni bang??
rasanya cam bukan org mesia ni..
Thu 26-Jun-2008 08:28
Posted by:e c a h
View all 23 comments Add comment


Thursday, 12-Jun-2008 12:38 Email | Share | | Bookmark
Penjara Pudu

 
 
 
View all 5 photos...

Saya sampai tempat ini untok perabih saki baki masa yang terbiar. Pagi itu oleh kerana tak ada apa nak buat saya pung mengintai intai ka dalam Penjara Pudu mencari cari apa apa yang menarik dan menakutkan.

Sedikit maklumat tentang Penjara Pudu yang saya perolehi dari internet..

Quote:
Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.

Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.

Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa.




Satu pertanyaan yang sekian lama bermain main di fikiran - mengapa Penjara Pudu telah ditutup kepada orang ramai. Jika tidak pasti shot shot saya hari ini bercirikan mood yang menakutkan. Semangat untok mencari jawapannya pun berkobar kobar.

Setelah melayari dan mencari berjam jam jawapannya, ini saja jawapan yang saya temui .. jawapan yang saya rasa ramai orang telah membacanya. Walau pun ramai telah membacanya saya percaya masih ramai ramai lagi yang belum..

Quote:
MENGAPA PENJARA PUDU DI TUTUP KEPADA ORANG RAMAI

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung sampai
mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,



"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "


Sobar sajaa yeeeer.......................................................

minyak dah naik jom kita pakat minta sedekah pulak klik kat sini:http://www.kumpulan-usahawan-muslim.com.my/dsmi4883.html Wed 18-Jun-2008 15:02
Posted by:jipang myniaga2020@yahoo.com.my  - [Link]
hai Mon 30-Mar-2009 06:00
Posted by:belly gbob_ur@hotmail.com
agak kuang ajar ah..
aku ngah nk buat mende projek pmr kot.
Sun 3-May-2009 04:54
Posted by:syed
View all 22 comments Add comment


Friday, 6-Jun-2008 12:23 Email | Share | | Bookmark
Kata juru jual ....

 
 
 
View all 9 photos...

Jurujual kata lampu motorsikal ini menawan bagaikan bidadari turun mandi


Jurujual kata exhaust nya yang lembut lembut sepoii bagaikan tarian separuh bogel bolly wood


Jurujual kata juga stering motor ini bagaikan tangan-tangan lembut minah minah kilang pasir gudang


Jurujual juga berkata suspensi lembut bagaikan katil di malam penganting



Jurujual juga ada berkata brek nya mencengkam bagaikan sentuhan anak dara



Jurujual juga ada berkata bakul depang nya bagaikan bakul pemetik teh cameron highland

Belum terjual lagi motor ni..?
dengar kata Wawa tuu pergi polish dulu baru suruh penjual tu jual motor ni....Korok
Thu 12-Jun-2008 11:47
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Hi nak laku motor nie, tak nak iklan dekat ebay ke... mesti lagu punya lagi-lagi budah rempet tu... Wed 3-Sep-2008 00:55
Posted by:misliha misscreativecakes@yahoo.com  - [Link]
motor boleh wak tukung....aduh... Tue 28-Jul-2009 09:45
Posted by:ha araidbg1754@yahoo.com
View all 43 comments Add comment


Wednesday, 4-Jun-2008 12:07 Email | Share | | Bookmark
Ber wide angle di jetti Seberang Takir, Kuala Terengganu

 
 
 
View all 6 photos...

Angin pun berlalu,
Saki baki ombak berguling guling di tepian
perahu perahu pun bersendiwara.


Di jetti ini, di temani senja mendatang.
dengan kamera ber kanta wide angle
saya pun cuba berfalsampah ..


Kita .......
seperti bendera ini, robak tapi masih lagi berkibar.

Semangat pejuang mmg diperlukan..bendera koyap pun ttp dikibarkan.. Fri 6-Jun-2008 07:56
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
huhu...wide lense!! Fri 6-Jun-2008 09:05
Posted by:cak  - [Link]
luv this n3. Fri 6-Jun-2008 10:01
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Monday, 2-Jun-2008 13:15 Email | Share | | Bookmark
rupa tanpa wajah

 
 
 
View all 4 photos...




Lokasi: Seberang Takir
Aktiviti. mencari wajah.

pandai sungguh alien ni amek gambaq + main hp noh? Thu 5-Jun-2008 07:53
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
huuuuuuuuuuuu Sat 7-Jun-2008 01:26
Posted by:ejard  - [Link]
photofix dapat membantu masalah anda tq! hehehe Sun 8-Jun-2008 08:43
Posted by:catwomen catwomen_buttercup@yahoo.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 26-May-2008 12:47 Email | Share | | Bookmark
Berkayak menhilir sungai terengganu.

 
 
 
View all 18 photos...

Pada jam 9.00 pagi kayak di turunkan di Kampong Pasir Tinggi, satu kampong di tepi Sungai Terengganu kira kira 30 kilometer dari Kuala Terengganu melalui jalan sungai. Jambatan Lebuh Raya Pantai Timur menuju ka Besut sedang dalam pembinaan.


Ini lah jambatan Lebuh Raya pantai Timur yang sedang dalam pembinaannya. Perlahan lahan kayak yang saya mengayuh meninggalkan Pasir tinggi pada kadar kelajuan 6 km sejam.


Aktiviti mengepam pasir ada di sepanjang sungai Terengganu.


Kami tersua dengan seorang sedang menjala ikang lalu kami berhenti untok ramah mesra dengan nya. Beberapa ekor ikang sebesar penampar ada bergelempar didalam perahu nya. Katanya minggu lepas adiknya berjaya menembak seekor ikang kelah seberat 13 kg di lubok yang berhampiran.


Kami pun berhenti ditepi untok berehat, makang bekal nasi lemak dan minum air. Cuaca ketika itu mendong dengan angin yang tertiup sepoi sepoi. Maka saya pun terlelap di atas bangku

Apabila terjaga dari lelap ku...
Quote:
.....
Dan hilang
Segala rupa yang telah ku bayang
Dan hilang
Segala rasa yang telah ku rasa
Dan hilang
Segala semua harapanku
Dan hilang
Cerita indah dalam tidurku


Dah hilang... hilang lahhh ..
tetapi perjalanan berkayak mesti di teruskan.....


Kami berhenti sekejab di sini untok menemu ramah kanak kanak yang sedang memancing. Mereka baru sahaja memancing dan masih belum dapat ikang lagi. Ikan yang sering kali dapat pancing ialah ikang baun dan talapia.


Penyebok di gunakan untok menyebok air keluar dari kayak
Pisang adalah untok di makang sebagai pemberi tenaga
GPS digunakan untok nagivate
Parang untok menetak apa apa yang patut di tetak


Kemudian kami berhenti dan bertemu ramah pulak di si mamat ini. Katanya semalam dia berjaya menaikkan ikang baung hampir satu guni dalam masa 2 jam sahaja. Katanya sangkar ikan yang berhampiran koyak itu lah sebabnya dia mendapat manyak ikang. ....


Apa kami melalui kanak kanak yang sedang mandi ini, mereka memanggil manggil kami kerana hendak mencuba kayak ini. Apabila kayak kami menghampiri mereka mereka pung terus berenang ka arah kami untok berpaut pada kayak. Apa apa pun kami berjaya melarikan diri. Jika tidak besar kemungkinan kayak kami akan terbalik dibuatnya.


Pulau Wan Mang dengan masjid masjid yang controvasi kelihatan ketika berkayak menghilir sungai Terengganu. Bukit yang kelihatan adalah bukit besar Kuala Terengganu.


Lagi kanak kanak sedang mandi sungai. Mandi sungai memang best ... .. dulu kini dan selama lamanya mandi sungai memang best...


Jetti jabatan laut Kuala Terengganu. Memburu, menangkap dan menghukum mana mana yang patut di hukum


Sampai di Kuala Terengganu, saya pun memasuki satu alur sungai teruss memasuki anak sungai .. kemudian memasuki tali air,.......... kemudiann memasuki paritt .... dan tersadai di sini ..berhampiran dengan Stadium Negeri berhampiran dengan Gong Badak. Perjalanan berkayak TAMMAT di sini pada jam 4 petang.

Kayak itu kemudian di pikul ka atas jalan.. di pikul pikul lagi .... kemudian di pikul pikul lagi .. ...kemudian di pikul pikul pikul pikul lagi macam orang giloorrrr .... huukk ...hukk hukkk.........................................

good job.. Mon 2-Jun-2008 09:17
Posted by:jack_KL jack_photographer@yahoo.com  - [Link]
nak gi ganu gak ni.....soon Mon 2-Jun-2008 09:58
Posted by:Acik  - [Link]
nice la this picture,,teringat pula kat kampung,,huhu.... Fri 13-Jun-2008 07:00
Posted by:nelson nell_nacq@yahoo.com
View all 23 comments Add comment


Saturday, 24-May-2008 08:21 Email | Share | | Bookmark
makang.. makangg .. kemudian mengintai ..

makan t hari
makan malam
pekan bintulu
View all 6 photos...

Pijak sahaja kaki di lapangan terbang Bintulu, seorang kenalan datang menjemput. Kemudian menggunakan hanpon kita orang calling calling kumpulan PATI ( Pendatang asing tanpa isteri) di Bintulu, Serawak. Kitak pun borak borak sehingga tiada apa yang boleh di borakkan lagi.


Malam tuh kitak orang calling calling lagi.. maka datang lah satu gerombolan PATI yang lain pulak. Maka kitak pun makan apa apa yang boleh dimakang dan berborak borak sehingga tidak apa yang boleh di makang lagi dan makan sehingga tiada apa yang boleh di borakkan lagi.


Selesai makang malam, saya pung ka tepi sungai bersama kamera di tangan mengintai gintai apa apa yang menarik untok di tembak. Perempuan ini mungkin sedang asik mengintai hubby nya sedang melakukan sesuatu yang menyeronokan..

uish. dasat betoi depa ni bekayak. smpai ke sarawak nu! Sat 24-May-2008 14:49
Posted by:norsham ~ mommy sofie  - [Link]
Add comment


Sunday, 18-May-2008 06:57 Email | Share | | Bookmark
Latihan penyelamat di kem PGA Tupah, Bedong, Kedah

 
 
 
View all 6 photos...

Di kem PGA Tupah, disini saya terperam selama tiga hari tiga malam untok menjalani latihan menyelamat.


Pendaftaran bermula... muka muka yang tak kenal muncul tiba tiba...


Ini adalah sebahagian simulasi - menyelamat mangsa mangsa helikoptor yang terhempas. Ramai jugak dari perserta adalah para doktor dan jururawat. Saya bukan doktor juga bukan jururawat. Kebolehan saya cuma dalam bidang kejuruteraan Mekanikal/Kimia aka illegal photographer yang menyibuk. Sekiranya berlaku kejadian yang sedemikian, maka saya akan mengambil gambar mangsa yang sedang meniarap dan terlentang sebanyak banyak yang mungkin sebelum mangsa itu menamatkan nafasnya ....heh hehe...



Mengusong mangsa yang banyak dosa memang terasa sangat berat. Rasa rasa nak humbang saja mangsa ini ka dalam longkang...

wa..bestnye
hehhehe lawernyerrrr..
visit now...ketulusan cinta....(erin & fendy ....wedding)
Fri 23-May-2008 06:50
Posted by:alisya muhamad lisamuhd80@yahoo.com  - [Link]
nasib baik photognyer tak jadik mangsa..
kalo tak..doktor yg amik gambo...hahhahaha
Fri 23-May-2008 15:45
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
sib baik ada gak mekanikal punya org, bleh tulon amik gambo.. Sat 24-May-2008 00:46
Posted by:ScHoePenToeTer  - [Link]
View all 26 comments Add comment


Friday, 16-May-2008 12:55 Email | Share | | Bookmark
Pekan Merbok, Sungai Petani, Kedah..

 
 
 

Ingin sekali saya hinggap di lembah bujang dan melihat di persekitarannya. Tetapi masa tidak mengizinkan.


Saya hanya mampu singgah seketika di warong ini ..


untok mengirup secawan teh tarik dan menelan sebungkus nasi lemak , kemudian meneruskan perjalanan ka destinasi.

re : yhnx bro.. Sun 18-May-2008 04:44
Posted by:_RA aka radinism  - [Link]
Bungkusan nasi lemak tu guna kertas mengundi ke? Mon 19-May-2008 07:52
Posted by:Pemancing ikan  - [Link]
apsal nasilemak tu ada tanda 'x' and 'o' Fri 23-May-2008 14:17
Posted by:amy@mama tisya  - [Link]
View all 8 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.