korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Friday, 5-Dec-2008 12:13 Email | Share | | Bookmark
dari tingkat 9 concord hotel Shah Alam

 
 
 
View all 6 photos...

Dengan sedikti usaha sahaja saya berjaya buka tingkap di bilek hotel tempat saya menginap.
Saya hulurkan kamera keluar,.. kemudian saya hulurkan tangan saya.. kemudian saya hulurkan kepala saya.

Kemudian saya snap sekeping dua ...


Seketika kemudian saya hulurkan kamera keluar,.. kemudian saya hulurkan tangan saya.. kemudian saya hulurkan kepala saya.

Kemudian saya snap sekeping dua ...lagii ...


Seketika kemudian saya hulurkan kamera keluar,.. kemudian saya hulurkan tangan saya.. kemudian saya hulurkan kepala saya.

Kemudian saya snap sekeping dua ...lagii ...



Seketika kemudian saya hulurkan kamera keluar,.. kemudian saya hulurkan tangan saya.. kemudian saya hulurkan kepala saya.

Kemudian saya snap sekeping dua ...lagii ...



Seketika kemudian saya hulurkan kamera keluar,.. kemudian saya hulurkan tangan saya.. kemudian saya hulurkan kepala saya.

Kemudian saya snap sekeping dua ...lagii ...


Hari sudah malam ....

Yaaaa......Bukan masa yang patas berlalu akan tetapi kitalah yang lambat mengejarnya…


Monday, 24-Nov-2008 12:53 Email | Share | | Bookmark
Sepetang di anjung hotel di Tanjung Balai.

 
 
 
View all 14 photos...

Termenung sambil tangok kaki langit di tebing selat melaka merupakan satu pengalaman yang mengasikkan.


Antara jetti jetti dan bangunan bangunan batu ada terselit rahsia tidak perlu di bongkarkan. Maka biarkan saja ia nya rahsia


Dan pendayong perahu di menerjus selat melaka mencari sepaut kata menuju arah. Persis hidup ini, ada yang masih menggunakan kederat sedangkan yang lain sudah menggunakan jentera.




Senja nan indah di tanjung balai dari anjung hotel.. dengan udara yang sepoi sepoi lagi nyaman. Orang kata memang tempat ini amat sesuai yang beristeri rehat. -- untok rehatkan isteri di rumah seketika dan kita orang lelaki perlu berkerja keras di sini.


jika tiada digital slr .. kemera kompak pun boleh jugak ...
jika tiada juga kamera kompak . kamere handpon pun jadikkk
jika tiada kamera handpon ... ambil kertas dan pencil dan lukisssss ajeeeerrr...


Sebelum mata hari terbenam ..
sebelum senja mendatang
Sebelum perahu berhenti di dayung

ada yang terbaring dengan dahi di tangan
cuba menongkat langit menghitung bintang
cuba menahan arus membongkah taufan
dengan harapan agar december ini
tidak menguris dan memedihkan.


Sunday, 23-Nov-2008 03:51 Email | Share | | Bookmark
pekan Tanjung Balai, Indonesia

 
 
 
View all 6 photos...

Pekan Tanjung Balai ada satu pekan. Lebih kurang sebesar pekan Kuala Besut sahaja. Pekan ini kelihatan macam pekan koboi sahaja.


Kata kawan saya, pakaian di sini walau pun pilehan tidak sebanyak di Jakarta, tetapi harga nya jauh lebih murah. Mungkin kerana itu lah, pada musim cuti dan hujung minggu berduyun duyun bas dari serata tempat di Malaysia datang ka tanjung balai untok shopping sakan.Diberitakan juga seluar seluar bersaiz 19 --- 25 inchi banyak kedapatan di sini.


Kata seorang pengunjung yang datang di Johor, -- Orang yang datang ka tanjung Balai biasanya orang yang ingin menikmati cewek cewek disini. Di Tanjung Balai tidak ada apa yang menarik kecuali cewek cewek nya yang peramah dan tidak sombong.


Wednesday, 19-Nov-2008 13:42 Email | Share | | Bookmark
Satu pagi di Pekan Kukup

 
 
 
View all 10 photos...

kami tiba di pekan kukup pada pagi yang masih buta. Pekan Kukup di katakan satu tempat di mana warga singapora sukar benar makan ikan bakar. Mungkin tempat ini ikannya segar, murah dan masakannya pun cedaaapp..

Disini juga lah ada nya jeti yang mana ada feri menyeberang selat melaka ka Tanjung Balai, Indonesia dengan bayaran RM80 pergi balik tidak termasuk kos sur charge minyak Rm10x2



Setelah parking kereta di sini dengan kadar bayaran RM8 satu hari ...kami sudah nekadkan minda kami untok teruskan rancangan kami menyeberangi selat melaka, biar pun apa yang terjadi.


ini lah terowong menuju di immegresen Malaysia. Laluan ini mengingatkan saya terowong terowong di chow kit satu ketika dulu. Penuh dengan suspen dan dosa dosa yang tak terhingga banyak nya..


Di jetti pekan Kukup menanti ferri ka Tanjung Balai Indonesia. Debarannya terasa seperti penganting di malam penganting... tak tahu apa yang bakal di tempuhi dan tak tahu apa yang bakal di nikmati.

Quote:
Kami datang ini hanya sekadar menumpang lalu
bukan niat untok menodai penghuni -penghuni Tanjung Balai yang enak enak
atau ternoda dengan ke enakan ke enakan penghuni penghuni Tanjung balai.

kami datang ini hanya sekadar untok merakam sketa kehidupan di sini...,,
kami ini hanya lah pengembara yang datang dengan kamera di tangan,


Tuesday, 11-Nov-2008 13:06 Email | Share | | Bookmark
Di penghujung tanah besar benua asia.. tanjung piai

 
 
 
View all 11 photos...


Siapa sangka hari ini saya berjaya memijak kaki di penghujong tanah besar benua Asia. Ada orang sanggup datang beribu ribu batu untok ka sini, sedangkan kita di Malaysia hanya beberapa langkah sahaja.. tetapi masih ramai rakyat malaysia yang belum cecah kaki nya di sini.


Melihat mata hari terbit di penhujong tanah besar benua asia, dengan sinaran nya yang terbit .. seperti berjuta juta tahun dahulu ...
seperti jugak di tempat tempat lain di atas muka bumi ini ..
cuma di sini adalah di penhujong tanah besar benua Asia .. benua yang terbesar di dunia ini. Bukanlah ini sesuatau yang boleh di banggakan!...


Berjalan di atas jambatan di paya bakau di penhujong benua asia. Ada macam macam mahluk di sini.
Saya dapat rasakan puaka puaka yang menetap di sini macam friendly ajeerrrr...



Apabila mendongak ka atas, maka kelihatan lah lampaian lampaian pokok pokok bau yang tinggi melambai lambai kedatangan kami seolah olah berkata.. selamat datang .. dan masuklah kedalam hutan bakau tempat kediaman kami, mudah mudahan kamu akan sesat di dalam nya .. jhukkk hukk...



Kemudian setelah keluar dari hutan paya bakau di penhujong tanah besar benua Asia, dalam perjalanan keluar, saya telah terserempak dengan Mat-mat indo sedang membersihkan diri mereka. Agaknya mereka ini baru sahaja berenang merentasi Selat Melaka untok menyusup masok mencari kerja di Semenanjung Malaysia.

Dengan perlahan lahan saya penyusup agar mereka tidak sedar akan kehadiran saya. Sekiranya mereka tahu saya tahu yang mereka ada di situ, kemungkinan kehidupan saya akan berakhir di tempat ini .. di penghujong tanah besar benua asia..... Mereka ini macam dari kalangan manusia manusia yang sangat ganaz.


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net