|
|
| Thursday, 27-Dec-2007 15:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perjalanan ka kampong Miak.
|
|
Sekiranya tiada kelengkapan dan kemahiran yang mencukupi, di sertai dengan nasib yang baik, anda dan pacuan 4 roda akan melekat dilaluan air ini. Kereta ini telah di tinggalkan oleh tuan punya agak lama kerana telah melekat di dalam lumpur tanah liat yang melekat lekat ini
Ini adalah salah satu rintangan menuju ka Kampong Miak, Gua Musang selepas banjir di Kelantan. Di kawasan kampong Miak inilah banyak pacuan 4 roda peserta peserta rainforest challenge 2007 terperangkap semasa banjir berlaku.
TIADA RINTANGAN BAGI MOUNTAIN BIKE.
Patah sayap kita terbang jua ... ......
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Dec-2007 17:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mata kamu yang bulat ....
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Dec-2007 08:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
bunga nan satu
|
|
Matahari telah pergi
Bintang-bintang belum kembali
Di antara bebatang bunga yang dwi warna
Cahaya runduk, menyamar sembunyi
aku sudah ternoda.....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 18-Dec-2007 09:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rantai dan cabel
|
|
Biarkan ku lilitkan rantai besi dipinggang mu
akan ku gulongkan cabel keluli di leher mu
akan ku keketatkan level block pada tangan mu
akan ku tarik chain block di kaki mu
akan ku melodikan winch di telingamu
aku pasti kau akan bahagia
untok selama lama nya..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 15-Dec-2007 13:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Dec-2007 12:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aksi aksi photographer rfc 2007
|
|
Bukang hanya drebar dengan kereta 4x4 nya sahaja yang mempunyai aksi aksi yang menarik semasa pertandingan rainforest challenge 2007, tetapi photographer photograper dengan kamera kameranya pun punya aksi aksi hebat yang tersendiri .
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Dec-2007 13:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penontong rfc 2007 hari pertama dan kedua
|
|
Aktiviti aktiviti menjahamkan pacuan 4x4 telah menarik ramai orang datang berboyong boyong seperti semutan.
Ada yang datang dari pelbagai pelusuk, daerah, negeri dan negara dalam pelbagai bentuk, warna, niat dan gaya.
Mereka sanggup berjemur di tengah panas terik menyaksikan aktiviti aktiviti penjahaman pacuan 4 roda. Pacuan 4 roda ini yang telah di ubah suai sampai pulohan ribu ringgit.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Dec-2007 12:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Rainforest challenge 2007 hari pertama dan kedua
|
|
Saya di sini bukan sebagai participant, bukan jugak support team, bukan AJK atau apa apa ..
Juga bukan sebagai photographer. Cuma melilau lilau seperti penontong penontong yang lain.
Oleh kerana event ini berlaku di tepi jalan raya dan berdekatan dengan rumah saya, saya pun berada di sini. Itu pun kerana saya tidak ada kerja lain yang penting.
Oleh kerana saya ada kemera digital yang tidak melibatkan kos yang nyata untok menggunakannya, saya pung snap snap beribu ribu keping gambar.
Bergitu lah cerita nya ...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Nov-2007 23:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Air yang terjatuh di Lata Berembun, Raub Pahang.
|
|
Menerjah lopak lopak air yang menghalang laluan ka Lata Berembun.., Raub Pahang.
Pastinya satu keseronokan dan kepuasan apabila melihat percikan air yang bertaburan di hempap tayar tayar 4x4.
Setelah beroff road melalui kebun kebun petani , kami pun meredah masuk kedalam hutan simpan. Kemudian kami mendaki .. mendaki . sehingga mencecah 650 meter dari paras laut jalan off road.
Kehadiran kami di Lata Berembun ini di sambut dengan linangan air jernih yang mengalir lembut bersama kedinginan udara yang segar. Lata Berembun memberitahu kami bahawa kami ini bukannya pengunjung yang pertama dan pula bukanya pengunjung yang terakhir.
Sesampai nya di sini pada penghujung siang, khemah pun dirikan dan diikat pada pokok pokok dan kereta. Kami pun berkhemah di titian yang terhalang.. Masak, makang dan tidur.
Keesokan pagnya melihatkan air mengalir di bawah pokok membuatkan aku tak ingin mandi
Ini lah tempatnya yang air terjatuh. Takdir telah menentukan air ini telah sampai di sini dan terjatuh. Kejatuhan air ini bukan lah satu perhentian bukan pun satu permulaan. Mahu tidak mahu air ini mesti terus mengalir. Apabila tiba masanya air ini akan jatuh lagi .. dan lagi dan lagi.
Kehidupan ini adalah seperti air ini yang mengalir. Ianya akan terus mengalir dan mengalir tanpa henti. Bila tiba masa jatuh, akan jatuh. Setelah jatuh, seperti air ini juga, kehidupan mesti diteruskan juga. Jatuh bukan lah satu keseronokan, tetapi bangun dari jatuh adalah satu keseronokan dan kepuasan dalam hidup.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 18-Nov-2007 13:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penonton gelap ....
|
|
Waktu: Malam Jumaat Jam 9.30 malam
Tempat: Berhenti untok buang air semasa hendak pergi makan di Taman Selera, Bintulu, Serawak.
Lampu halogen teksi Lapangan Terbang Bintulu yang di halakan kepada saya terasa seolah olah saya sudah berada diatas pentas.
Dengan suara yang tak seperti mana-mana suara manusia didunia ini di saya pun terus menanyi kan lagu ini...dengan penuh perasaan syahdu sekali.
| Quote: | Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku.. |
Habis sahaja menanyikan rangkap lagu ini, saya dapat mendengar tepukan-tepukan dan sorakkan dari penontong penontong yang bergitu ramai sekali.
Malam itu saya merasa sungguh gumbira sekali kerana masih ada yang sudi mendengar nyanyian saya ini....
TEEEEERIMAaaaaaaa KASIHHHHH.....
|
|
|
|