Want your
own Fotopage?







 
korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Nov-2007 23:45 Email | Share | Bookmark
Air yang terjatuh di Lata Berembun, Raub Pahang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Menerjah lopak lopak air yang menghalang laluan ka Lata Berembun.., Raub Pahang.
Pastinya satu keseronokan dan kepuasan apabila melihat percikan air yang bertaburan di hempap tayar tayar 4x4.


Setelah beroff road melalui kebun kebun petani , kami pun meredah masuk kedalam hutan simpan. Kemudian kami mendaki .. mendaki . sehingga mencecah 650 meter dari paras laut jalan off road.


Kehadiran kami di Lata Berembun ini di sambut dengan linangan air jernih yang mengalir lembut bersama kedinginan udara yang segar. Lata Berembun memberitahu kami bahawa kami ini bukannya pengunjung yang pertama dan pula bukanya pengunjung yang terakhir.


Sesampai nya di sini pada penghujung siang, khemah pun dirikan dan diikat pada pokok pokok dan kereta. Kami pun berkhemah di titian yang terhalang.. Masak, makang dan tidur.


Keesokan pagnya melihatkan air mengalir di bawah pokok membuatkan aku tak ingin mandi


Ini lah tempatnya yang air terjatuh. Takdir telah menentukan air ini telah sampai di sini dan terjatuh. Kejatuhan air ini bukan lah satu perhentian bukan pun satu permulaan. Mahu tidak mahu air ini mesti terus mengalir. Apabila tiba masanya air ini akan jatuh lagi .. dan lagi dan lagi.

Kehidupan ini adalah seperti air ini yang mengalir. Ianya akan terus mengalir dan mengalir tanpa henti. Bila tiba masa jatuh, akan jatuh. Setelah jatuh, seperti air ini juga, kehidupan mesti diteruskan juga. Jatuh bukan lah satu keseronokan, tetapi bangun dari jatuh adalah satu keseronokan dan kepuasan dalam hidup.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net