Maka petang itu berjalan jalan lah saya berputar putar seperti gasing sekitar pekan parapat. Dengan kamera tergantung di leher .. sekalisekala saya clik clik clik .... sekali sekala macam mesin gun. Sekali sekala macam meriam ...
Pada ketinggian lebih kurang 800 meter dari paras laut, udara di sini nyaman seperti air condition berkuasa 0.8 kuasa kuda dalam bilek yang sederhana besar.
Masyarakat setempat pun aktive dengan aktiviti petang mereka, memancing dan melakukan apa apa aktiviti yang boleh di aktivitikan.
Tasik air tawar semula jadi adalah satu tasik yang agak besar sehinggakan perahu yang sebesar kapal terebang ada kelihatan berlegar legar di sini.
Saya di situ satu petang untok melihat dan menikmati suasana di situ.
Yaaa di mana mana ada kehidupan.
Bila ada kehidupan, maka pasti ada keindahan dan keseronokan yang boleh turut di nikmati.