Want your
own Fotopage?







 
korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Sep-2009 11:01 Email | Share | Bookmark
Apakah anda ingin mencubanya sepena hari raya ini ..

 
 
 
 

Dikatakan mahluk ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat nya akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu ianya juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian.



Mahluk ini mempunyai nilai yang amat berguna pada kesihatan. Ciri-ciri penyembuhan dapat membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan kepada tubuh badan di samping membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi (hypertension).

Minyak asas serta komponen lain yang dimilikinya mempunyai kekuatan antibodi, antifungal dan antiviral.

Ia boleh dihiris untuk masakan seperti daging, ayam dan sayur-sayuran atau salad.
Selain itu ia juga dijeruk di dalam minyak untuk menghasilkan rasanya yang lazat.

Ianya juga boleh dijadikan ubat bagi penyakit sakit saraf, sakit sendi, kutil dan penyakit kulit lain.

Makanan segar yang dicampurkan dengan madu dikatakan dapat membantu menyembuhkan selesema, suara yang serak dan radang pada kerongkong.




Dikatakan benda ini sangat sesuai untuk penjagaan kulit. Ia membantu menyihatkan kulit termasuk:
-Melembap dan melicinkan kulit
-Menggalakkan keanjalan kulit
-Cepat meresap ke dalam kulit yang kering
-Melembutkan dan membantu mengurangkan kedut-kedut dan garis halus
-Membantu dalam pengelupasan lapisan luar kulit mati, menjadikan kulit lebih licin
-Melindungi kulit dari radikal bebas berbahaya yang meningkatkan kesan penuaan, dan membantu penampilan kulit dengan kebaikan anti penuaan.
-Bersifat anti-oksida yang melambatkan proses penuaan kesan daripada radikal bebas
-Membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit
-Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur malah menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
-Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, jeragat, telinga bernanah, resdung dan lain-lain.




Dikatakan juga beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan benda ini boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angi dalam perut. Ia boleh disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Ianya juga boleh digunakan sebagai sup bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Ia juga boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.




Apa kah anda ingin mencuba sempena hari raya ini?????????????...

No thank you! I'll stick to my lontong, rendang daging dan ayam masak merah!
Selamat hari raya korok!
Wed 23-Sep-2009 02:23
Posted by:mummy jam  - [Link]
::: [hehehe] ada ajer bro korok nih [ekekeke] yg biasa makan mmg nak ler..
::: yg Islam & tak pernah makan, mmg tak selera.. tapi ulat pokok yg debab
::: tuh dengar2 kita boleh makan.. betul ker? semacam plak aku tgk ulat tuh..
::: Selamat Hari Raya Aidilfitri bro korok & keluarga.. maaf zahir batin..
~
Fri 25-Sep-2009 11:34
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
assalamualaikum bro korok
selamat hari raya
saya x ske sume2 tu
tp ape name sume2 binatang tu ye
selamat mencube makan kpd bro korok
maaf zahir & batin
Sat 26-Sep-2009 16:21
Posted by:abby  - [Link]
eeeeeeeeeeee..rs pening ah tgk binatangs ittuewwww..rs mcm nk gelap mata.. Sun 27-Sep-2009 07:26
Posted by:iiZetty ii_zetty@yahoo.com  - [Link]
Entryku kali ini

Kampong halaman menggamit mesra
Buat perantau yang jiwa tersiksa
Kenangan Syawal masih terasa
Meriah suasana gembira senantiasa
Mon 28-Sep-2009 05:55
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
ayohhh tamo la makan camni ~ huhu

salam aidilfitri encik korok , maaf zahir & batin
kami dah pindah ke flickr ... sudi-sudikan ye
Mon 28-Sep-2009 07:33
Posted by:ad+apex@MeMoRaBiLia  - [Link]

Bukan takat masak lomak....goreng pun sodap!!
Fri 2-Oct-2009 10:35
Posted by:blackrobe  - [Link]
mak aii gelinya! tapi gambar korok best!

--------------------------------------------------------------
Homestay di Bandar Melaka. Murah RM120 / night. Cuma 3KM dari Melaka Sentral. 10min A Famosa & Mahkota Parade. Eye of Malaysia. 4 Bilik. Aircond Sesuai untuk family dan group.
http://melakahomestay.fotopages.com/
Tue 6-Oct-2009 18:39
Posted by:Melaka Homestay  - [Link]
akhirnya kembali update

gamba yg 1st leh cube wat rendang nogori...kompem meleleh..hehheheee

salam Aidilfitri
Wed 7-Oct-2009 07:34
Posted by:blur42nd  - [Link]
hiiii, tak sanggup nak makan!!!!!!!!! Wed 7-Oct-2009 11:09
Posted by:shaza  - [Link]
Masak sup pun sodap tuntung tu..??
Tue 1-Dec-2009 03:57
Posted by:mun@ayah tgnail@tm.net.my  - [Link]
Masak sup pun sodap tuntung tu..??
Tue 1-Dec-2009 04:19
Posted by:mun@ayah tgnail@tm.net.my  - [Link]
mintak maaflah..byr ribu raban pun tak sudi.. Thu 3-Dec-2009 08:01
Posted by:Kak Khaty  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.