Want your
own Fotopage?







 
korok

By: korok yang menggigit

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 25-Oct-2009 12:43 Email | Share | Bookmark
Gong Badak-Kerteh- Kuala Tahan-Kg Mat Daling - Kg Gusai

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bertolak dari Gong Badak ka Kerteh selepas opis. Sampai di kerteh terus di jamu makan oleh tuan punya restoran di kerteh, Pak Rashid. Selepas makang kami pun terus berkonvoi ka Kuala Tahan.


Dari Kuala Tahan, kami pun terus menerjah masuk ruang off road ... menuju Kampong Mat Daling. Off road memakang masa lebih kurang 6 jam.


Kerosakan kecil adalah perkara biasa ajeerr. Pomen pomen pok munah ramai, so tak dok masaalah. Kereta yang tak rosak boleh di rosakkan tanpa ada masaalah.


Sampai di Kampong Mat Daling, kami mencari ruang yang sesuai di tepi sungai Tembeling untok membuat khemah. Selepas makang kepala pun di letakkan ke atas ranjang portable lalu terus lena macam cacing dalam periuk.



Keesokan harinya.. lebih kurang 4 jam ber off roading lagi kami pun sampai di Kampong Gusai, kampong yang terpinggir yang di diami oleh manusia manusia yang bukan manusia asli.





Suasana kampong Gusai. Aman tenteram dan damai bagaikan di pinggir hutan belantara di taman negara.


Kehidupan di sini adalah kehidupan yang keserderhaan. Tiada kehirupirukan kota yang menghimpit. Tiada kotoran udara dari bus bus, lori lori kilang dsb.


Kg Gusai, sudah di lengkapi oleh kerajaan kelinik, masjik, sekolah dan segala kemudahan asas untok hidup sebagai manusia moden. Liputan signal telepon Maxis ada dengan kadar full bar. Tak dok masaalh untok telepon di mana mana tempat di atas dunia ini.



Sedang kami asik dengan keindahan kampong Gusai dengan pandangan kerbau kerbau yang sedang lepak di dalam bendang

Tiba tiba pandangan sebahagian dari kami tak berkelip kelip kelip bagaikan mentol lampu yang sudah short. Terutama species species buaya yang sudah lama tak menelan mangsa.







Kampong Gusai adalah kampong yang terpencil yang di diami manusia modern di Ulu tembeling.

Masing masing yang datang ka sini ada tujuan masing masing tetapi saya datang adalah hanyalah untok mecemarkan kereta saya dengan selut dan lumpur Kampong Gusai dan melihat keindahan disini. Saya sudah melihat sesuatu yang menawan.

Wah lama tak singgah tau tau Korok nak jelajah Taman Negara masuk hutan...........ini yg Wak belum buat lagi....... Sun 25-Oct-2009 13:08
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Anak dara tu terperanjat tengok korang semua kot, sebab tu cepat2 cabutttttt!
seronok tengok kerbau yang berkubang tu!
Mon 26-Oct-2009 06:10
Posted by:Mummy Jam  - [Link]
macam best je xtvt nie... Mon 26-Oct-2009 12:13
Posted by:ijulabi  - [Link]
Tumpang tuan rumah

Assalammualaikum semua,
Bagi mereka yg sedang mencari Bunga Pahar, Gubahan Hantaran, Souvenir utk Majlis Perkahwinan, Pertunangan dan lain-lain

Tempahan masih lagi dibuka sepanjang tahun ini.....Murah sahaja sesuai dengan budget anda...

Jengah la:
http://norziziezyanie.fotopages.com

Gubahan Hantaran | Sirih Junjung | Bunga Pahar | Gift Door | Acar Buah

Mon 26-Oct-2009 12:43
Posted by:unnamed
suka tgk pic kerbau berkubang itu bro heheheh Tue 3-Nov-2009 13:39
Posted by:tutcute melompati@yahoo.com  - [Link]
seronok mata memandang scene2 yg sukar dilihat sekarang......ooooo sambil2 ngorat anak dara orang ya......nakalllll korang ek Thu 5-Nov-2009 08:07
Posted by:rodziah rodziahzayin@yahoo.com
Kerbau sedang berkubang tu best Wed 18-Nov-2009 06:08
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.