60km seterusnya, pada suhu 15 darjah Celcius dan  basah dalam kelembaban udara , ruang utara  terus di terokai.
Batu tanda terakhir ini, akhirnya  berjaya di pijak setelah lebih tujuh hari menunggang.
I came ., I saw .. I  .................
Seperti juga  kebanyakan pengembara pengembara - bukan destinasi tetapi perjalanan  yang memberi erti sebenar .
Senyuman terakhir itu
Senyuman keikhlasan hati,,,
Untuk pergi meninggalkan
Senyuman terakhir itu barkata,,"makanlah, tetapi jangan gelojoh sangat "
kini aku lebih  mengerti .. apa itu erti kehidupan?
Tulikan telingamu
Dengar hatimu
Butakan matamu
Baca dengan rasamu
Belenggu kakimu dan tangganmu
Kunci mulut mu....
Bertolak dari Gong Badak ka Kerteh selepas opis. Sampai di kerteh terus di jamu makan oleh tuan punya restoran di kerteh, Pak Rashid.  Selepas makang kami pun terus berkonvoi ka Kuala Tahan.
Dari Kuala Tahan, kami pun terus menerjah masuk ruang off road ... menuju Kampong Mat Daling. Off road memakang masa lebih kurang 6 jam.
Kerosakan kecil adalah perkara biasa ajeerr. Pomen pomen pok munah ramai, so tak dok masaalah. Kereta yang tak rosak boleh di rosakkan tanpa ada masaalah.
Sampai di Kampong Mat Daling, kami mencari ruang yang sesuai di tepi sungai Tembeling untok membuat khemah.  Selepas makang kepala pun di letakkan ke atas ranjang portable lalu terus lena macam cacing dalam periuk.
Keesokan harinya.. lebih kurang 4 jam ber off roading lagi kami pun sampai di Kampong Gusai, kampong yang terpinggir yang di diami oleh manusia manusia yang bukan manusia asli.
Suasana kampong Gusai. Aman tenteram dan damai bagaikan di pinggir hutan belantara di taman negara.
Kehidupan di sini adalah kehidupan yang keserderhaan. Tiada kehirupirukan kota yang menghimpit. Tiada kotoran udara dari bus bus, lori lori kilang dsb.
Kg Gusai, sudah di lengkapi oleh kerajaan kelinik, masjik, sekolah dan segala kemudahan asas untok hidup sebagai manusia moden. Liputan signal telepon Maxis ada dengan   kadar full bar. Tak dok masaalh untok telepon di mana mana tempat di atas dunia ini.
Sedang kami asik dengan keindahan kampong Gusai dengan pandangan kerbau kerbau yang sedang lepak di dalam bendang
Tiba tiba pandangan sebahagian dari kami tak berkelip kelip kelip bagaikan mentol lampu yang sudah short.  Terutama species species buaya yang sudah lama tak menelan mangsa.
Kampong Gusai adalah kampong yang terpencil yang di diami manusia modern di Ulu tembeling.
Mengapa di buang bergitu saja air teh ini ..
apakah tidak siapa yang sudi meminum nya ..
atau kerana air kopichinoo sudah menguasai
lalu air teh di lucutkan tahtakan ka bumi
atau air teh sudah terlalu banyak diminum sehingga perut sudah termengandung..
air teh air kopi
Dikatakan mahluk ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu  juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat nya akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu ianya juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian.
Mahluk ini mempunyai nilai yang amat berguna pada kesihatan. Ciri-ciri penyembuhan dapat membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan kepada tubuh badan di samping membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi (hypertension).
Minyak asas serta komponen lain yang dimilikinya mempunyai kekuatan antibodi, antifungal dan antiviral.
Ia boleh  dihiris untuk masakan seperti daging, ayam dan sayur-sayuran atau salad.
Selain itu ia juga dijeruk di dalam minyak untuk menghasilkan rasanya yang lazat.
Ianya juga boleh dijadikan ubat bagi penyakit sakit saraf, sakit sendi, kutil dan penyakit kulit lain.
Makanan segar yang dicampurkan dengan madu dikatakan dapat membantu menyembuhkan selesema, suara yang serak dan radang pada kerongkong.
Dikatakan benda  ini  sangat sesuai untuk penjagaan kulit. Ia membantu menyihatkan kulit termasuk:
-Melembap dan melicinkan kulit
-Menggalakkan keanjalan kulit
-Cepat meresap ke dalam kulit yang kering
-Melembutkan dan membantu mengurangkan kedut-kedut dan garis halus
-Membantu dalam pengelupasan lapisan luar kulit mati, menjadikan kulit lebih licin
-Melindungi kulit dari radikal bebas berbahaya yang meningkatkan kesan penuaan, dan membantu penampilan kulit dengan kebaikan anti penuaan.
-Bersifat anti-oksida yang melambatkan proses penuaan kesan daripada radikal bebas
-Membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit
-Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur malah menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
-Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, jeragat, telinga bernanah, resdung dan lain-lain.
Dikatakan juga beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan benda ini boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angi dalam perut. Ia boleh disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Ianya juga boleh digunakan sebagai sup  bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Ia juga  boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.
Maka aku pun biarkan
dan biarkan ianya bergini dan terus dalam keadaan bergini
Eeerrr . .eeerrr.... (seratus kali)
hampir 5 bulan tak update .....
Lokasi: Jambatan pulau Phuket.
Entah mengapa ... tiba tiba  rasa telah berubah  dan selera telah bertukar ...
dan mahluk ini jadi pilehan ..
maka mundar manir lah saya dengan benda ini ... menyeberangi sempadan
sekadar ka kedai kopi membasah tekak dan  berbual bual kosong...
Saya menluangkan masa yang agak lama mengagumi sambil mengeleng gelengkan kepala kerana tidak pasti apakah ini satu kerja yang creative, atau seni atau gilooorrr.